Resepi Air Fryer - Biskut Oat Tiga Bahan

Rabu, Januari 20, 2021

Hari ini saya ingin kongsi resepi biskut oat kegemaran saya yang disediakan menggunakan air fryer. Resepi ini versi sihat dan rendah kalori. Boleh dijadikan sarapan ringkas malah sesuai sangat sebagai snek buat yang suka mengunyah macam saya.

Apa yang menarik ialah biskut ini hanya menggunakan 3 bahan. Ya, 3 bahan. Bagi yang mengamalkan diet eat clean, ketiga-tiga bahannya lulus untuk kalian 👍🏼. Okey, mari kita tengok apa tiga bahan yang saya maksudkan.


Resepi Biskut Oat Sihat 3 Bahan

Biskut Oat Rendah Kalori
  • 1 1/2 cawan oat. Saya gunakan rolled oat. Hasilnya lebih chewy berbanding menggunakan quick-cooking oat. Boleh juga gabung guna kedua-duanya. 
  • 2 biji pisang sederhana besar. Saya biasa gunakan pisang Cavendish. Jika kalian gunakan pisang kecil seperti pisang emas atau pisang lemak manis, gandakan kuantitinya. Pisang kalau boleh gunakan yang betul-betul masak. Lagi masak pisang tu, lagi sedap biskut kita sebab pisang manis. Kita tidak akan perlu sebarang gula tambahan.
  • Bahan ketiga bergantung kepada kalian. Ikut cita rasa hendak masukkan apa. Saranan saya: 4 - 5 sudu besar cip coklat  ATAU 4 - 5 sudu besar kismis ATAU 4 - 5 sudu besar kekacang seperti badam atau kacang hazel yang telah disangrai. 

Untuk batch di bawah ini, saya masukkan beberapa sudu besar beri goji. Bertambahlah khasiatnya sebab beri goji elok untuk mata. 😊


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Lenyek pisang sehingga lumat.
  2. Kemudian, masukkan oat dan gaul sekata. Biarkan seketika supaya oat dapat menyerap lembapan pisang lumat tadi. 
  3. Seterusnya masukkan cip coklat, kekacang, kismis atau beri kering. Gaul lagi.

Gaul semua bahan sehingga sekata.

Begini keadaan adunan biskut. Saya menggunakan rolled oat sepenuhnya. Jika pakai quick cooking oat, adunan akan nampak lebih sebati atau bergabung. Kepal-kepal dan bentuk adunan seperti yang diingini dan bakar di dalam air fryer. Suhu dan masa, ikut air fryer masing-masing ya. Saranan saya 160 - 180 darjah celcius, sekitar 8 - 12 minit.

Biskut oat sedia untuk dibakar


Rupa paras sebelum dibakar di dalam air fryer. Setelah masak, biskut oat akan bertukar keperangan dan warna jadi lebih gelap kerana kandungan gula dalam pisang tu dah caramelised.

Satu adunan ini tahan dalam 2 - 3 hari pada suhu bilik. Seminggu jika simpan dalam peti sejuk. Biasanya saya akan buat lebih, gandakan adunan dan kemudian simpan di dalam peti dingin beku (freezer). Apabila hendak makan, panaskan semula dalam oven atau guna air fryer.

Mudah sahaja nak buat snek kunyah-kunyah yang sihat. Tetapi, tak bolehlah makan lebih-lebih sampai habis sebalang terus. Benda sihat rendah kalori kalau kita ambil melebihi portion yang sepatutnya pun memudaratkan juga. 😄

Selamat mencuba!


Psst! Sekarang sibuk siapkan kad ucapan. Belum sempat blogwalking dan balas komen. Jumpa nanti!


13 ulasan

  1. senang nak buat biskut ni, boleh cuba.bahan pun tak banyak..hehe
    nice sharing :)

    BalasPadam
  2. Senangnya tiada tepung. Hehe sudahlah pisang banyak di rumah sebab tanam pokok pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya, NA! Saya selalu berangan nak ada banyak pokok pisang sebab saya memang suka pisang hahaha

      Padam
  3. Menariknya resipi ini. Mudah dan ringkas. Rasanya sudahlah pasti sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah, ringkas dan sedap sangat, kak! Dapat sweet treat pada masa yang sama tak terbabas sangat pengambilan kalori 😊

      Padam
  4. Balasan
    1. Yes, gula dari tiga bahan tu jelah. Tiada gula putih. Tiada gula tambahan 😊

      Padam
  5. Mudahnya. bahan pun banyak. Snek yang menyihatkan. tapi itulah kalau dah sedap terlebih makan pulak :) Tq share resepinya :)

    BalasPadam
  6. mudah sgt resepi tu..utk yg suka oat bole la cuba ni..

    BalasPadam
  7. sedap dan sihat!! ohh yg hitam tu coklat chip. hehe

    BalasPadam
  8. Snek sihat dan mengenyangkan.. Ringkas pula tu cara membuatnya..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.