Hari ini tak mahu beli sebarang snek! Need to stop snacking all the craps!
Begitulah iltizam atau tekad saya setiap kali bersedia untuk pergi shopping beli barang dapur dan makanan. Saya memang ada tabiat suka mengunyah yang sukar dikikis. Sekejap-sekejap mata akan melilau cari apa benda yang boleh dikunyah. Gatal gigi konon-kononnya. Mulut sentiasa ada isi!
Masa makan memang tak ingat. Apabila jarum penimbang menunjukkan pertambahan digit yang ketara, barulah rasa nak insaf. Bukan main lagi cakap ... lepas ni nak snek kacang kuda je, nak celery dengan peanut butter kalau craving dan beraturlah pelbagai menu snek sihat keluar dari mulut saya.😅
Alhamdulillah, shopping trip baru-baru ini berjaya tanpa saya membawa pulang sebarang snek baik yang manis mahupun yang savoury.
Malangnya, kejayaan saya tak dapat diraikan lama. Menjelang malam, muka saya dah jadi macam kat bawah ni.
Kalian pernah cuba tak Missions Tortilla Chips? Flavour mana yang best?
Pstt! Minggu ni susah sedikit nak blogwalking. Entah apa masalah Chrome kat phone ni. Tunggu saya buka laptop ye 😊
Andai ada peluang untuk mencuba, saya mahu perisa BBQ
BalasPadamSelalu perasa BBQ tak pernah mengecewakan 😊
PadamWah.. Nampak sedap. Saya bukan penggemar snek, so can't relate. Tapi kalau dapat tortilla tu mungkin akan mkan jimat macam akak jugak
BalasPadamHahahah kena jimat kan…😂
PadamTak silap k ret slalu beli yg hot & spicy haha.. Makan ni mmg ralit.. Tau2 dh abs sebungkus ��
BalasPadamOkey, nanti nak cuba cari hot & spicy. Betul, kak. Makan ni susah nak berhenti 😅
PadamSy hanya suka certain snek saja spt twisties.. hehehe
BalasPadamTwisties ada banyak flavour best best 😊
PadamSaya suka kerepek kentang. Ada Gian beli 10 bungkusan tapi lepas itu berhenti lama. Nanti beli balik. Rasa saya tidak kuat snacking.
BalasPadamOh, kira mood snacking tu berkala lah. Bagus macam tu, jangan ikut saya hahaha
Padamharitu saya makan tortila chips cicah dengan sos pencicah tortila sour cream. sedap! tapi saya amik perisa original untuk menjaga kalori. gituhhh, ada ke? 😅
BalasPadamAduhai, sedapnya dip dengan sos sour cream! Bab kalori tu buat pejam mata je hahaha
PadamPernah makannnn. Tapi yang hot & spicy rasanya. Tak berapa kena dengan selera saya hehehe.
BalasPadamNanti akak nak cubalah hot & spicy ni. Akak nak cari sour and cream, tapi rasanya tak ada.
PadamChaiyokkk! Nanti rasa, akak bagi review eh hahaha. Tak tahu lah kenapa tortilla chips ni tak berapa kena dengan selera saya hahaha.
PadamSaya pun kadang tu kena ada kudapan juga. Sedap Tortilla Chips. Belum cuba lagi keluaran Mission Foods.
BalasPadamNanti kalau jumpa boleh cuba, Fiza.
PadamNampak sedapppp.xpenah makan lagi.kene cuba niii 😁
BalasPadamSedaplah bagi akak. Nanti boleh cuba.
PadamYup.. Sha pun akan jadi seperti gambar tu bila tak dapat snacking.. Tambah-tambah masa membaca atau layan movie.. tak lengkap rasanya.. hahaha..
BalasPadamTak pernah cuba lagi, macam tak jumpa kat sini ke sha yang tak perasan.. hehehe..
selalu nmpk kt 7E tp x terfikir pula nk cuba hehehe
BalasPadam