Mission Tortilla Chips

Isnin, Mei 03, 2021

Hari ini tak mahu beli sebarang snek! Need to stop snacking all the craps! 

Begitulah iltizam atau tekad saya setiap kali bersedia untuk pergi shopping beli barang dapur dan makanan. Saya memang ada tabiat suka mengunyah yang sukar dikikis. Sekejap-sekejap mata akan melilau cari apa benda yang boleh dikunyah. Gatal gigi konon-kononnya. Mulut sentiasa ada isi!

Masa makan memang tak ingat. Apabila jarum penimbang menunjukkan pertambahan digit yang ketara, barulah rasa nak insaf. Bukan main lagi cakap ... lepas ni nak snek kacang kuda je, nak celery dengan peanut butter kalau craving dan beraturlah pelbagai menu snek sihat keluar dari mulut saya.😅

Alhamdulillah, shopping trip baru-baru ini berjaya tanpa saya membawa pulang sebarang snek baik yang manis mahupun yang savoury

Malangnya, kejayaan saya tak dapat diraikan lama. Menjelang malam, muka saya dah jadi macam kat bawah ni. 

Hahahah. Bott jumpa gambar ni kat IG. Gigih dia Whatsapp kat saya dari dalam bilik. Siapa yang suka mengunyah, suka snacking macam saya tu, boleh relate tak? 😂

Tengah saya ketuk-ketuk keyboard dengan beribu sesalan, Bott hulur Mission Tortilla Chips Cheese Flavour pada saya. Dia beli satu pek untuk saya sebab katanya kasihan saya tak ada benda nak kunyah sambil edit manuskrip. Sudahlah manuskrip yang saya kena edit tu dalam bahasa Jawa. Kerja saya asyik 'zikir' sek  ... opo ... ikki ... orak eneng ... lepas tu ketap-ketap gigi.

Pertama kali makan Mission Tortilla Chips. Sebelum ini tidak pernah beli. Perasa keju. Yes, the cheesier the better! 😁



Isi kandungan di dalam. Jimat-jimat saya makan!


Dari segi rasa, saya suka. Kepingan tortillanya rangup dan tidak terlalu masin. Sedang-sedang sahaja. Kena dengan selera. Kira berbaloilah langgar pantang tak mahu snacking saya. 😄


Tortilla Chips keluaran Mission Foods ini ada banyak perasa tau! Ada Garlic & Butter, Tomato, BBQ, Hot & Spicy. Nanti ada rezeki, hendak cuba perasa lain pula.

Kalian pernah cuba tak Missions Tortilla Chips? Flavour mana yang best?


Pstt! Minggu ni susah sedikit nak blogwalking. Entah apa masalah Chrome kat phone ni. Tunggu saya buka laptop ye 😊

21 ulasan

  1. Andai ada peluang untuk mencuba, saya mahu perisa BBQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu perasa BBQ tak pernah mengecewakan 😊

      Padam
  2. Wah.. Nampak sedap. Saya bukan penggemar snek, so can't relate. Tapi kalau dapat tortilla tu mungkin akan mkan jimat macam akak jugak

    BalasPadam
  3. Tak silap k ret slalu beli yg hot & spicy haha.. Makan ni mmg ralit.. Tau2 dh abs sebungkus ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey, nanti nak cuba cari hot & spicy. Betul, kak. Makan ni susah nak berhenti 😅

      Padam
  4. Sy hanya suka certain snek saja spt twisties.. hehehe

    BalasPadam
  5. Saya suka kerepek kentang. Ada Gian beli 10 bungkusan tapi lepas itu berhenti lama. Nanti beli balik. Rasa saya tidak kuat snacking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kira mood snacking tu berkala lah. Bagus macam tu, jangan ikut saya hahaha

      Padam
  6. haritu saya makan tortila chips cicah dengan sos pencicah tortila sour cream. sedap! tapi saya amik perisa original untuk menjaga kalori. gituhhh, ada ke? 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai, sedapnya dip dengan sos sour cream! Bab kalori tu buat pejam mata je hahaha

      Padam
  7. Pernah makannnn. Tapi yang hot & spicy rasanya. Tak berapa kena dengan selera saya hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti akak nak cubalah hot & spicy ni. Akak nak cari sour and cream, tapi rasanya tak ada.

      Padam
    2. Chaiyokkk! Nanti rasa, akak bagi review eh hahaha. Tak tahu lah kenapa tortilla chips ni tak berapa kena dengan selera saya hahaha.

      Padam
  8. Saya pun kadang tu kena ada kudapan juga. Sedap Tortilla Chips. Belum cuba lagi keluaran Mission Foods.

    BalasPadam
  9. Nampak sedapppp.xpenah makan lagi.kene cuba niii 😁

    BalasPadam
  10. Yup.. Sha pun akan jadi seperti gambar tu bila tak dapat snacking.. Tambah-tambah masa membaca atau layan movie.. tak lengkap rasanya.. hahaha..
    Tak pernah cuba lagi, macam tak jumpa kat sini ke sha yang tak perasan.. hehehe..

    BalasPadam
  11. selalu nmpk kt 7E tp x terfikir pula nk cuba hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.