Syahdu di Pagi Syawal - Aina Abdul (Easy Chords)

Selasa, Mei 04, 2021

Tahun lepas, tak berpeluang sangat dengar lagu raya Aina yang ini. Tahun ini, banyak kali pula rakan dan kenalan kongsi. Yelah, penangan syahdu tak dapat balik raya, ramailah yang jiwang layan perasaan. Termasuklah saya. ­čśü

Secara peribadi, saya suka lenggok Aina mendendangkan lagu ini. Memang boleh layanlah. Di bawah ini, kord gitar untuk lagu Syahdu di Pagi Syawal. Selamat berdendang! Oh, untuk lebaran 2021 Aina keluarkan lagu raya berentak joget. Jika ingin dengar, cari Syukur Lebaran di Youtube ya.


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Syahdu di Pagi Syawal - Aina Abdul


(Intro)

Am E G D

Dm F E


Am

Kasih apa kau di sini

Dm                 E

bersendiri aku kenang lagi

Dm                      Am

wajahmu segar di ingatan tak habis

E

ku meratapi.


Am

Ingatkah kau ku di sini

 Dm                    E

gemersik takbir memanggil lagi

Dm                      Am

kasihmu bagai lautan tak bertepi

E

tidak terperi.


Dm

Menanti kehadiranmu di pagi

E

takkan ku lepas genggamanmu lagi.


(Chorus)

                   Am-E  G-D

Oh ... oh ... ayahanda

Dm              E

sayu hatiku tak dapat bersua

                   Am-E  G-D

Oh ... oh ...  ibunda

Dm              E

pilu hatiku tak dapat bermanja

E

di hening syawal menjelma

 Am

sebakku tak terhingga.


F Dm Am

Oh ... oh ... oh

F Dm E

Oh ... oh ... oh


Am

Ingatkah kau ku di sini

 Dm                    E

gemersik takbir memanggil lagi

Dm                      Am

kasihmu bagai lautan tak bertepi

E

tidak terperi.


Dm

Menanti kehadiranmu di pagi

E

takkan ku lepas genggamanmu lagi.

 

 E

keampunan kemaafan dipinta

 Am

selamat hari raya


Am E G D

F E Am


14 ulasan

  1. Tak pernah dengar lagi lagu raya Aina Abdul, tapi lagu lagu dia yang sebelum sebelum ni pun semua best best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu dia memang boleh layan kan. Cuma lagu raya tahun ni akak pasang masa rayalah sebab lagu joget ceria-ceria gitu. Buat masa ni nak feeling2 syahdu dulu.

      Padam
    2. Haah memang boleh layan dan diterima lah lagu dia. Hahahaha masa ni syahdu syahdu dulu lah, nanti pagi raya baru happy happy kan :P

      Padam
  2. Belum sanggup hendak dengar lagu raya. Masih tumpu pada Ramadan. Struggle ini hendak kejar malam Qadr. Kena serang penyakit terlalu mengantuk. Doakan saya jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Insya-Allah, NA. Moga penyakit mengantuk tu dapat diusir. Tarik nafas panjang-panjang dan lepas biar oksigen sampai ke kepala ya.

      Padam
  3. Tak perasan pulak lagu raya Aina Abdul ni. nanti nak dengar lah. Suara Aina confirm best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mendengar. Tapi jangan sedih-sedih tau!

      Padam
  4. Takdeee mood raya lagiii. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fikirkan Hud...siapkan baju raya dia, songkok raya, kasut raya fikirkan raya Hud, confirm mood datang menderu!

      Padam
  5. baru first time dgr lagu raya ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.