Klip Besar untuk Hiasan Jurnal dan Planner

Khamis, Julai 22, 2021

Bulan lalu, sewaktu saya sibuk beli barang untuk Projek Soldadu saya, saya terjumpa klip kertas besar berwarna bronze. Saiz  klip lebih kurang 12 x 2.5 cm. Tidak pernah saya jumpa klip kertas sebesar ini. Apabila dilihat keterangan produk, produk merupakan clearance item dan harganya cuma RM1.95 sepek. Satu pek ada 4 klip kertas. 

Terus saya beli. Dalam kepala memang fikir untuk buat hiasan jurnal dan planner. Sempatlah guna satu klip dalam bullet journal saya. Puas hati dapat tanda muka surat pakai klip besar.

Baru-baru ini saya kemas bilik kraf. Nampak baki klip kertas terus tergerak hendak hias sedikit apa yang perlu. Kebetulan saya memang ada crafts charms lama-lama yang tidak digunakan. Sesuai dijadikan hiasan juntai-juntai letak pada klip kertas.

Sebahagian daripada craft charms merupakan lebihan projek kraf terdahulu. Klef trebel, not muzik, gitar dan huruf F tu pula dari gelang benang lama saya. Tersangkut dekat pintu, putus ... bergolek-golek charms tu gugur ke bumi. Jadi, kita guna semula untuk hias klip kertas.


Hasilnya … 

Tema rustic dan vintage. Sesuai untuk junk journal saya.

Kita cuba guna satu.

Klip kertas berhias begini biasanya digunakan sebagai page markers atau penanda buku. Tanda halaman-halaman tertentu pada jurnal dan planner supaya senang diselak semula. Jimat masa, tidaklah jenuh kena selak satu per satu.

Tidak semestinya guna klip kertas besar, pakai klip kertas biasa pun boleh untuk hasilkan klip kertas berhias. Lihat tutorialnya di sini.


28 ulasan

  1. Memang kreatif. Boleh buat sebagai cenderahati.

    BalasPadam
  2. Ada juga guna untuk menanda halaman padang halaman. Oh tapi bukan klip besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada satu journal saya, macam-macam saiz klip kertas saya guna, NA. 😅 Cuma kena pastikan klip tu ada kemasan smooth supaya tak tinggalkan kesan/koyakkan muka surat. Kalau tak, haru juga dibuatnya.

      Padam
  3. kreatifnya kak farrah! lama dah tak mendesign jurnal. dok pakat tanda dengan sticky note je. pasti selit dengan resit lama-lama ^_^!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe bendanya dah ada, AO. Tinggal selit-selit je. Oh, personally akak suka the wow effect of old receipts dalam jurnal. Simply wow tanpa perlu terlalu mencuba atau struggle fikir tentang placements 😊

      Padam
  4. Sentuhan tangan ajaib yang sangat cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, kak... Saya rasa tangan Kak Amie yang ajaib berjaya menjelmakan hidangan-hidangan menggoda selera saban hari 😊😍

      Padam
  5. kreatif betul farah...
    nice!!
    macam-macam idea ye dari barang2 recyle je
    Takde pembaziran kan..
    Untung tau ada hotak kreatif ni hehehe

    Hotak sendu cam k ret, hahah kita mampu buat apa yg dah ada je la :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik otak sendu katanya... Mana ada Kak Ret otak sendu...
      Saya kan dulu selalu berhabis beli journal accessories, beli kumpul beli kumpul guna sikit-sikit je. Belum campur dah beli rasa macam tak feel/tak kena tema 😆 came across junk journal, terus terpikat hati sebab memang betul2 guna junk. Pandai-pandailah nak olah sendiri guna barang apa yang ada 😊

      Padam
  6. Cantikkk! Dan semestinya kreatif! Saya first time tengok klip besar gituuu hahahaha

    BalasPadam
  7. Suka tema vintage bronze. Auto canntik terus lepas letak charms. Bertambah seri journal. Good idea and kreatif :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fiza pun suka kan tema vintage begini untuk shoot gambar-gambar cantik Fiza 😊

      Padam
  8. Cantiknya.. Ni kalau zaman Uni dulu memang suka sangat la benda2 mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda-benda kiut begini buat hati happyyyy 😄

      Padam
  9. kreatifnya! comel je tgok..
    tgn sy xkreatif.. lain jdnya.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aishhh...merendah diri pula ezy ni... ezy lagi kreatif apa pandai hias lab sampai cantik berseri-seri 🤗

      Padam
  10. cantiknya craft charm ballet dancer tu

    BalasPadam
  11. ala, comeinya charm! dok tgk org pkai gelang tgn charm jer..ni comei utk bookmark, hihi..

    BalasPadam
  12. wah! kreatifnya kak. cantikkkk! nadya suka :)

    BalasPadam
  13. sy sukaaaa benda2 gedabak mcm ni����

    BalasPadam
  14. terus jadi menarik cara aplikasi kak farrah..bagus!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.