Tahun lepas saya ada tulis entri tutorial mengenai klip kertas berhias ini tetapi hanya menggunakan lebihan kertas skrap dan hiasan kraf. Boleh baca mengenainya di sini. This time around, saya ingin tunjukkan satu lagi cara membuat klip kertas berhias. Sesuai sangatlah bagi yang mencari idea untuk DIY Hari Guru :) Bahan-bahan mudah dicari dan murah kosnya. Cuma satu tool tambahan yang perlu ada - hot glue gun.
Bahan-bahan yang diperlukan. |
Apa yang diperlukan:
- Klip kertas - Boleh guna yang bersaiz besar atau kecil, besi atau yang berwarna.
- Butang, aksesori dan hiasan kraf
- Hot glue gun dan hot glue stick
- Lebihan kertas/kertas terpakai yang dipotong menjadi empat segi kecil
- Semangkuk air sejuk - Langkah berjaga-jaga. Saya ni cemerkap orangnya. Jadi, kalau jari/tangan terkena hot glue, cepat-cepatlah rendam dalam air sejuk. Jangan dibawa ke bibir pula! Tak pasal-pasal bibir pun melecur sama.
Langkah-langkah Membuat Klip Kertas Berhias
Ambil satu klip kertas dan mana-mana hiasan/aksesori kraf. Letakkan sedikit gam panas pada bahagian belakang hiasan/aksesori kraf tersebut. Cepat-cepat letakkan klip kertas di atas gam. Tekan sedikit supaya klip kertas terbenam dalam gam.
Sebelum gam mengering, tampalkan pula cebisan kertas empat segi di atasnya. Kita tampal kertas supaya dapat lindungi bahagian yang bergam tadi. Lebih kemas hasil kerja kita. Selain kertas, boleh juga gunakan cebisan kain felt jika mahu. Ulang langkah yang sama untuk klip-klip dan hiasan/aksesori kraf yang lain. Ada yang boleh dipadan suaikan atau ditindan. Ikutlah citarasa dan kreativiti masing-masing ya.
Klip-klip yang sudah dihias. Comel kan? |
Dah siap comel lote begini, bukan sahaja boleh jadi klip kertas, jadi penanda buku pun boleh, page marker pun boleh. Hmmmm,..si planner addict di luar sana pun boleh guna klip-klip berhias ini untuk cantikkan organizer.
Idea untuk Packaging
Jika berniat untuk beri pada orang lain, bolehlah letak klip-klip ini di dalam botol/balang kecil. Kemudian, label/letak reben. Tidakpun, boleh buat packaging seperti di bawah ini :)
Selamat berkraf! Selamat Ber-DIY!
Insya Allah, dalam masa terdekat nanti saya up tutorial untuk buat kad ucapan yang simple pula ye.
Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
Comel je hasilnyaaaa :)
BalasPadamComel comel untuk beri pada orang yg comel :)
PadamComelllnyaaaa~ Kena rajinkan diri untuk ber'DIY nii. Hihi
BalasPadamJom jom! Semangat!!! :)
Padambenda2 terpakai pon boleh jadikan hiasan kat atas die tu kan kak Farrah... :D
BalasPadamBetul betul! Guna je apa2 yg boleh kita cari kat rumah :)
Padampackaging akak pon dah commercial gitu... hihihihh
BalasPadamHaaaa senang tapi nampak eksklu kan,...cantiklah buat nak bagi orang. Kita pun tak bazir.
Padammacam biasa akak tetap buat yg terbaik.. hehee
BalasPadamHehehe ada-ada jelah Nina ni :)
PadamCantik dan kemas hasilnya...
BalasPadamTerima kasih sis Fida :)
PadamSalam , simple je, tapi tulah packaging macam beli kat kedai
BalasPadamHaaaa siapa kata kita tak boleh buat packaging macam kat kedai,... :)
Padamnice la kak! jiwa craft betul!
BalasPadamYana pun boleh cuba buat. Lately, akak memang kongsi tuto yg simple2 and practical. Semua boleh cuba :)
Padamseni la famf ni
BalasPadamBiasa2 aja, Ena :)
Padamwahhhh menarik idea kak farrah nih! hari guru pon dah dkt ni. hari ibu pon dkt. hehehe
BalasPadamHaaaa buat hadiah DIY lebih bermakna. Kos pun rendah, dapat beri pada banyak orang :)
Padamkak farah, kenapa kreatip sangat ni? ^_^
BalasPadamAlahai,..takdelah kreatip mana dik :)
Padamcute jer rupanya..
BalasPadamAaaaaaaa, comel sangat!
BalasPadama'ah la.
BalasPadamhari guru nak dekat!!!
comel sangat ni... kak farah sangat kreatif la
BalasPadam