Hari Ibu Vs Hari Guru

Jumaat, April 22, 2016

Assalamu'alaikum. Lambat sedikit bersiaran hari ini. Ada apa dengan Hari Ibu dan Hari Guru? May is just around the corner. Kita bakal raikan dua sambutan besar ini. Salah seorang pembaca blog saya, Puan Tini telah e-mel saya bertanyakan cadangan hadiah DIY yang sesuai untuk diberikan kepada guru-guru anaknya. Maklum sajalah, yang mengajar anak-anak kita bukan hanya seorang guru. Lain mata pelajaran lain gurunya. Ada guru sekolah biasa ... guru sekolah agama pun perlu diambil kira. Itu belum diambil kira guru mengaji dan guru tuisyen lagi.

Saya faham kebanyakan ibu bapa mahu menanamkan budaya menghargai guru dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan. Tetapi, kita tidak boleh nafikan yang peruntukan wang ke arah itu mungkin menjadi kekangan. Lagi-lagi dengan kos sara hidup sekarang yang semakin hari semakin tinggi.

Kita masih boleh lakukan sesuatu. Resort to DIY gifts. Buat sesuatu yang kecil, mudah dengan kos yang minima atau sederhana (bergantung pada bajet anda) tetapi bermakna buat guru-guru anak kita. 

Oleh itu, insya Allah bermula minggu ini saya akan banyakkan entri mengenai DIY gifts untuk Hari Ibu dan Hari Guru supaya dapat beri idea pada kalian semua. Jadi nanti bolehlah mula beli barang, buat sikit-sikit dengan anak-anak. That's the fun part you know!

Okey, di bawah ini antara contoh projek DIY gifts yang boleh kita buat.

 Personalised Sticky Notes Book 

Bahagian hadapan. Boleh letak nama guru atau simply letak ucapan 'Selamat Hari Guru'.

Bahagian dalam.



Penanda Buku Berhias daripada Bucu Sampul Surat Terpakai (Klik di sini)

Boleh buat tanda buku rekod mengajar :)

Manisan untuk Guru

Comel dan sweet untuk beri pada guru :)

... dan banyak lagi! So, tunggulah entri-entri DIY Gifts saya yang akan datang ya.




35 ulasan

  1. YEs, boleh prepared awal2 hadiah untuk Mak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa nanti tgk apa idea boleh buay hadiah utk mak :)

      Padam
  2. wahh mencetuskan idea untuk hari guru nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, dengan budget yang minima, lebih banyak cikgu yg boleh kita beri hadiah :)

      Padam
  3. comelnyeee..semuanya cantik2.... :)

    BalasPadam
  4. buat cup cake pun comel...setiap sorg cikgu dapat 1 cupcake..hikss~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2. Bagi cupcake ke muffin ke..letak cake topper comel :)

      Padam
  5. mungkin ada hikmahnya barang naik sana sini sejak GST.. mungkin kita akan memberi hadiah yg lebih bermakna dgn DIY dan ibubapa or guru kita akan lebih menghargainya? looking the bright side and celebrate it with the one we love.. <3

    Yes, i'm looking forward to your next entry ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn Gee. GST dah jadi sebahagian drpd hidup kita. Suka atau tak, kita sendiri kena buat adjustment :)

      Padam
  6. kreatif sggh.... sy nk 1 boleh? ;-)

    BalasPadam
  7. murah tapi bermakna.. n yg penting hasil usaha sendiri

    BalasPadam
  8. wah..wana nampak la gift wana di situ.,.hehe..suka2..

    BalasPadam
  9. semua idea tu cantik dan comel..wana tertarik pula dengan gift gula2 dalam papercup tu..comel sungguh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wana leh buat promo untuk muffin/cupcake untuk beri pada guru :)

      Padam
  10. nak tengok lagi diy akak akan datang..suka idea kreatif kak farrah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi thanks Wana. Akak ni buat kraf yg simple2 je....but really glad u like it. Thanks for your support :)

      Padam
  11. Pengikat pada gula2 tu... Macam tag pada roti... Betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, SS. Guna tag roti, belakang tu kita lukis2 :)

      Padam
  12. yang last tu sangat menarik! cam nak cuba buat gitu jugalah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm comel untuk bagi cikgu-cikgu sorang satu :)

      Padam
  13. comelnya pakai roti punya tu.. hehehehehehe.... saya masih contact dengan cikgu sekolah rendah.. ni rasa macam nak kasi hadiah ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi, Amy. Mulakan projek buat hadiah sekarang :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Tunggu jangan tak tunggu. Insya Allah akak akan update from time to time :)

      Padam
  15. Wahhh idea yg comel teringin nak buat tapi barang tu xada huhuhu

    BalasPadam
  16. tak mampu nak DIY..mmg tak mampu..mampu tgk je

    BalasPadam
  17. bila cg dapat hadiah.. cg pening pkir mahal ke murah.. ms CT tadi cg praktikel.. ada budak tulis slamat hari guru atas drawing block je.. sbb dia anak yatim duduk pun kat asrama yayasan. tp bila ct tmpal lukisan tu kt dinding tmpt meja tu sengih2 canang 1 kelas.. hahaha.. xcited.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.