Rempah Kerutuk dari Kelantan

Selasa, Julai 27, 2021

Rempah Kerutuk Kelantan | Sebenarnya sudah lama saya dapat rempah kerutuk ini. Ada kenalan dari Kelantan yang beri pada awal tahun dahulu. Sebelum ini saya memang tidak pernah masak hidangan kerutuk. Selalu jika nampak rempah kerutuk Adabi di kedai pun tak terlintas untuk beli.

Jadi, apabila ada rezeki dapat rempah kerutuk dari Kelantan, punyalah gembira. Boleh belajar masak kerutuk. Selama ini hanya tahu makan sahaja.


Ramuan Rempah Kari Masak Kelantan - Kerutuk Ayam
1 pek ini untuk hidangan 1/2 kilo ayam.

Masalahnya apabila dah pasang niat untuk masak, kerisik pula tiada. Tangguh hajat. Adalah dalam beberapa bulan lepas tu baru beli kerisik. Dah ada kerisik pula, lupa langsung untuk masukkan hidangan kerutuk ke dalam menu. 

Baru-baru ini, adalah tengok satu video masak kerutuk di Youtube. Terus hari itu juga saya putuskan untuk masak kerutuk ayam. Kalau ditangguh-tangguh, silap hari bulan boleh rosak pula rempah kerutuk saya.

Alhamdulillah, setelah gigih ikut langkah demi langkah, ulang alik ke dapur menjenguk gulai yang dimasak dengan api perlahan ... inilah gulai kerutuk ayam saya. Untuk percubaan pertama, kira jadilah juga walaupun saya rasa kuah kerutuk saya macam terlebih air.

Kerutuk Ayam



Makan dengan timun dan sambal belacan. Memang ngam! Insya-Allah, andai ada rezeki nanti hendak cuba buat kerutuk daging dan hati pula. Menurut kawan saya, kalau di Pasar Besar Siti Khadijah, macam-macam rempah kari dan kerutuk yang ada. Tak boleh ke Kelantan, kita intai-intai rempah kerutuk di Lazada atau Shopee sahajalah.







30 ulasan

  1. Kelantan kaya dengan rempah rempahnya. Senang hati dapat stok kerutuk ni menyenangkan dan sedap. Tengok kuahnya tu pekat. Memang layan makan dengan ulaman timun dan sambal belacan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Macam-macam rempah masakan, kan? Rempah untuk kerutuk lain, gulai kawah lain, kari lain.

      Yes, kerutuk dengan ulam timun dan sambal belacan memang geng baik!

      Padam
  2. Balasan
    1. Oh my... tiba-tiba terlintas di ingatan saya Kak SA punya kerutuk daging rusa. Yummehhh!

      Padam
  3. sedapnya, pernah makan sekali, tapi kerutuk daging, sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishh... kerutuk daging memang tidak dinafikan kesedapannya!

      Padam
  4. Makan pagi ni sedap.. nasi berlauk kerutuk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya rindu nasi berlauk! Lama tak makan...

      Padam
  5. Salam, nampak sedap, sepupu pernah masak ayam kerutuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah, adalah rasa kerutuk tu heheheh

      Padam
  6. Pernah dengar masak kerutuk ni, Tapi tak pasti pernah makan tak. hahah maklumla makan pandai nama masakan fial sungguh haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kih kih kih faham sangat. Kadang-kadang, kita memang dah pernah rasa lauk/makanan tu, tapi bab nama kita krik krik heheheh

      Padam
  7. Balasan
    1. Alhamdulillah, CCL. Ikut tekak akak kira dap dap dap jugalah 😁

      Padam
  8. Ha.. Sib baik cakap kawan bagi, baru nak tanya kak Farrah antara yang dok ramai-ramai kat tol Gombak tu ke? Hihi. Nampok sedak ni. Huk aloh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah tidak sama sekali. Kira kalau orang cakap nampak akak kat simpang mana-mana pun mungkin ada elemen fitnah. Akak memang berkurung kaw kaw dalam rumah 😁

      Okey, tiba-tiba dapat mengesan pertukaran loghat Sal. Hahaha, bahaya jugak eh... baru baca pasal kerutuk tu... belum makan lagi 😂

      Padam
    2. Haha...takat slang kelantan gitu-gitu bolehla. Abang ipar orang sana. Bagusnya berkurung dalam rumah. Kipidap

      Padam
  9. Kakak saya sukaaaa masak lauk ni, dulu saya tak makan, tapi sekali try, memang sedappp! Makan dengan sambal belacan lagi mantap! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mantap! Akak pun dulu tak pandai makan lauk kerutuk sangat. Haa... lepas ni bolehlah Tiqah share resepi kerutuk pula 😊

      Padam
  10. lapar pula tengok kerutuk nih
    hahaha

    BalasPadam
  11. wah.. x penah mkn hidangan kerutuk ni.. nnt nk intai di shopee lah nk try

    BalasPadam
  12. Kerutuk tu ape.. Hehe, umur dah lanjut, kerutuk pun masih tak tahu..

    BalasPadam
  13. raya haji aritu MIL masak gulai ayam kerutuk

    BalasPadam
  14. Rumah kitorang takde masak kerutuk lagi. Hehe.

    BalasPadam
  15. Menariknya kerutuk.. rajin kak farah memasak..

    BalasPadam
  16. suka sangatttt kalau mkn dgn nasi dagang. thn lps sy kirim kt member blk kelantan beli sekilo rempah ni. last month sbb byk daging, so sempat laa masak lauk ni... ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.