Khamis, Ogos 12, 2021

Lindung Tangis

Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya baru selesai dapatkan dos vaksin yang pertama pagi tadi. Beberapa jam selepas divaksin, baru rasa lenguh di bahagian tangan dan mengantuk yang sukar ditahan. Pandang skrin pun asyik nak terkelap. 😊

Hari ini hendak kongsi sedikit tentang kelas saya yang berlangsung beberapa hari lepas. Kelas malam tu kelas one-to-one. Murid hanya dua orang, H dan S. Kedua-duanya Tahun 5.

Kelas bermula seperti biasa pada pukul 8.15 tetapi tanpa kehadiran S. Mungkin lambat sedikit kerana saya tidak dimaklumkan yang dia tidak dapat hadir.

Saya dan H teruskan kelas sehinggalah S masuk pada pukul 8.25. Saya perasan suara S seperti tersedu-sedu. Kebetulan, pada masa tu sambungan internet pula ada masalah. Jadi, saya hanya dapat dengar suara S tanpa melihat paparan wajahnya.


Kelas terus berjalan dengan sesekali terdengar esakan S. Saya tanya sama ada S okey ataupun tidak memandangkan dari tadi tangisnya belum reda. Saya tanya mengapa dia menangis. Buka ruanglah mana tahu dia nak ‘mengadu’ 😊. Saya juga beri pilihan untuk dia berehat sebentar tenangkan diri. Mungkin sebelum kelas bermula ada bercekau dengan adik-beradik ke, kena marah dengan mak ke atau cari barang tak jumpa….

S refused. Katanya, dia okey. Dia nak terus belajar. Waktu inilah sambungan internet kembali stabil dan saya dapat lihat wajah S. 

Wajah baharu untuk lindung tangis.

Tak pasal-pasal saya kena tutup kamera sekejap sebab tak dapat tahan ketawa. Saya ni spesies mudah terhibur. Jadi, puas kena kawal suara dan ekspresi muka. Setiap kali saya ajukan soalan untuk S jawab, suara si empunya diri ada sisa esak tangis, tapi mukanya kucing manja gedik-gedik. Siap boleh main jeling-jeling gitu. Celaru sekejap cikgu dibuatnya. πŸ˜‚ 

Tangkapan skrin di atas semasa S menunduk sedang membaca sesuatu. Nanti bila dia angkat muka, mata besar tu siap kelip-kelip lagi.

Panjang akal juga anak murid saya yang seorang ni. Apa yang penting, S tetap ikuti kelas meskipun dalam keadaan mood dah lari.

Alhamdulillah, menjelang separuh waktu kelas, S kembali ke wajah asal. Dah tak nangis dan boleh ketawa berjenaka seperti biasa. Saya pun boleh teruskan kelas dengan tenang tanpa sesak dada kena tahan tawa.

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Saya nak sambung rehat. Insya-Allah kita jumpa nanti. Terima kasih sudi datang jengah saya, baca entri dan tinggal komen di sini. 

24 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahniah kak Farrah. Tggu 2nd dose pula.
    Alaaaa kenapa S nangis :') Mana student yang lain kak farrah? huhu
    Saya faham sangat sebab kelas adik saya pun, dia sorang saja yang selalu attend. Tu perangai pelajar tingkatan 4 tu ish ish ish

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Ain. Alhamdulillah, selesai yang 1st dose ni kira separuh lega hihihi.
      Sampai ke sudah S segan nak cerita dia nangis kenapa. Oh, kelas ini memang 2 orang je muridnya, Ain. Kelas tuisyen akak memang sama ada studentnya seorang atau buat kumpulan kecil 2 - 5 orang je.

      Kelas sekolah yang lengang students asyik 'ponteng' tu biasa kawan-kawan akak yang cikgu sekolah hadap. Nak buat macam mana kan... bertabahlah jelah. Ada seorang kawan akak ni, pernah sekali tu seorang pun anak murid tak tunjuk muka. Last-last dia ajak kawan-kawan dan family Meet kat sana kitorang baca Yasin😁

      Padam
  2. heheheh terbyg mata2 bulat kebil2... hahaah terbyg mcm muka kucing kartun :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kak. Hilang fokus saya dok perhati kucing tu kelip-kelip mata πŸ˜‚

      Padam
  3. Alhamdulillah dah setel dah satu dos vaksin.
    Setuju dengan kak ret, saya terbayang kejap muka kucing yang S pakai tu hahaha. Tapi kreatif lah S sebab cover muka dia pakai muka kucing tu :D
    Btw kak farrah ajar apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atiqah, miss you! Sorry lama tak jengah awak. Nanti akak datang terjah tau.

      Hahahah kreatif kan sorok muka begitu! Akak ajar apa? Hurmmm... mainly akak ajar languages sebab dulu akak buat kelas bahasa dan public speaking. Selain tu, ada kelas membaca dan kelas tuisyen untuk subjek sekolah rendah. Budak-budak besar akak tak ambil kecuali untuk kelas intensif bahasa je.😊

      Padam
    2. Small matter kak farrah! Saya faham akak busy ;) Setelkan apa apa yang patut dulu okiess. Ohhhhh faham faham, saya pun terfikir jugak, mungkin kak farrah ada buka kelas tuisyen sebab student sikit je. Maceh kak farrah atas penerangan :D

      Padam
  4. tahniah kak farrah dh setel dos 1!
    nk tau jgk kenapa S menangis.. hihik.. bz body betol..
    pandai tutup muka menangis ngn kucing gedik2.. haha.. comel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. S pandai simpan. Akak gagal korek rahsia πŸ˜…

      Padam
  5. mesti S pemalu orangnya. Menarik idea dia ni. kalau ada meeting dengan bos dan muka takde mood boleh guna muka kucing. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, dia jenis malu-malu gitu. Tapi akak ada soft spot pada dia sebab dia bersopan dan berbudi berbahasa budaknya.

      Bergeliga, kan? Kalau akak mahulah dengan muka selebet berhingus kena menghadap skrin sebab sure Cekebon tak kasi can ponteng kelas πŸ˜‚

      Padam
    2. zaman kita sekolah dulu takde online kak. Kalau covid tu 3 tahun, 3 tahun la kita cuti sekolah gitu je. huhu

      Padam
    3. Hahaah ada benarnya. Akak dapat rasakan kalau covid time kita belajar dulu, akaklah calon yang paling tercicir. Cuti is cuti gamaknya hahaha

      Padam
  6. Bestnya dah settle 1st dose.
    Bagus betul S ni. Tetap ikut kelas walaupun mood dah macam apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Memang boleh puji sikap S tu. Dapat sesetengah budak, mahu sambung buat perangai dalam kelas. Mood dah lari kan... 😊

      Padam
  7. nak ajar budak sek ren ni kena main psikologi gak sbb nak pujuk hati mrka. all the best!

    BalasPadam
  8. Alahai knp lah dia nangis ye.. kena marah mak kot sbb kalau bercekau dgn adik beradik ,st cpt je dia mengadu.. kalo kena marah mak x boleh nk komplen sbb mmg salah sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu, Kakmim. Kalau dia mengadu kena marah dengan mak, silap hari bulan saya tambah sedos dua... dapat tazkirah ke 😁

      Padam
  9. Pandai dia lindung rupa menangis.
    Takpelah kalau dia tidak mahu cerita.
    Tahniah untuk suntikan pertama.

    BalasPadam
  10. haiii anak anak mcm2 ragamnya... kdg buat kita pening kdg buat kita tersenyum😊

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah dah dapat 1st dose. Lain macam ngantok lepas cucuk vaksin kan. Apalah yang dipendam S tu. Semoga baik baik je. Dalam mood tak okay masih lagi usaha masuk kelas. Bagus S ni. Bila pakai emoji terus auto rasa comel tak jadi nak serius. Aduhaii...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.