Jumaat, Februari 25, 2022

Kek-kek Sambut Hari Tua

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, hari lahir saya. Sambut kecil-kecil sahaja. Tahun ini kami tidak cukup kuorum. Adik lelaki dan adik ipar saya tiada di Malaysia. Jadi hujung minggu tu balik kampung sekejap jumpa Cekebon dan Cekengah, makan-makan di sana.

Alhamdulillah, tahun ni dapat beberapa biji kek hari lahir. Semua sedap! Saya kongsi di sini mana tahu kalian boleh cuba untuk makan-makan atau keraian istimewa pada masa akan datang.


From Dubai with Love

Kek pertama saya kiriman orang jauh. Kendatipun tiada di Malaysia buat masa ini, adik ipar saya hantar kejutan kek hari lahir!

Valrhona Caraibe Hazelnut Praline

Punyalah saya teruja! Kek Valrhona Caraibe Hazelnut Praline dari Lachèr Patisserie terkenal dengan hidangan pemanis mulut diinspirasikan dari Perancis. Terdapat lima lapisan manis yang membelai mewah tunas rasa kita - Caramel Glaze, Valrhona Caraibe Mousse, Dark Chocolate Sponge, Dark Chocolate Cremeux, Hazelnut Praline Feuilletine.

Semasa kek dihantar kepada saya, saya dimaklumkan yang perlu sejukkan kek sekurang-kurangnya dalam setengah jam. Dah berperjalanan jauh, tentulah mousse dan krim cair.


Momen bergelut emosi tak dapat tahan dugaan kek sedap 😂

The picture didn’t do justice to this tantalizingly scrumptious cake. Nah, tengok gambar lapisan kek tu sendiri! Imej ini dari laman web mereka.

The luscious different layers of flavours.🤤

Saya paling suka lapisan yang paling bawah i.e. praline sebab crunchy. Makan satu suapan kelima-lima lapisan ni, ibarat hari raya dalam mulut! Bayangkan kemanisan karamel, mousse coklat gelap, kek span coklat yang lembut berongga dan kerangupan hazelnut praline bergabung seimbang dengan sempurna. Tidak terlalu manis, tidak terlalu pahit. Ni kira pemanis mulut kelas pertama!

Thanks so much, Dhila and Faidz! I really enjoyed the cake!

Andai ada antara kalian yang berminat untuk cuba kek ini, kunjungi laman web Lachèr Patisserie. Boleh pesan secara atas talian atau pickup di Ara Damansara.

Selain Valrhona Caraibe Hazelnut Praline, terdapat banyak pilihan lain yang pastinya menepati cita rasa kalian. Selepas ini, kalau ada rezeki hendak cuba Citron Tart pula.


Aqib’s Lazatnya Lasagna

Aqib's Lazatnya Lasagna di bawah pun Dhila aturkan supaya dihantar sebelum saya makan tengah hari pada hari Jumaat tu. Satu pek dah siap dibakar, tinggal masuk mulut sahaja. Dua pek lagi untuk stok, boleh didinginbekukan. 

Aqib’s Lazatnya Lasagna

Ini memang lasagna kegemaran saya. Nanti saya cerita lebih lanjut mengenai lasagna sedap ini dalam entri lain. Tetapi, kalau dah terliur dan tergoda, intai butiran mengenainya di pos Instagram saya yang ini.


Kek Hari Lahir ke - 2

Menjelang petang, saya terima penghantaran sebiji kek pisang badam yang amat lembut. Kek ini ditempah oleh salah seorang rakan Cekebon sebagai birthday treat saya. Untuk seseorang yang suka makan mauzun (baca: pisang), dapat kek pisang masa birthday, tentu-tentulah gembira, kan?

Kek pisang dan badam

Maaf tiada gambar potongan kek. Lupa nak ambil. Masa terima, kek masih panas lagi. Semerbak aromanya terjah deria bau. 

Kadang-kadang kecewa juga apabila beli kek pisang, mereka guna esen pisang yang lebih. Artificial sangat rasanya.   

Kek ini tidak. Tekstur kek lembut, gebu dan moist. Serasi betul kombinasi rasa pisang dan badam. Makan sepotong memang tidak cukup. Laju sahaja tangan mencapai sepotong lagi!

Kek pisang ini dibuat oleh seorang baker dari Kuang. Saya belum berpeluang dapatkan contact number. Jadi, tak dapat nak kongsi butirannya di sini buat masa ini.


Sarapan Besar Pagi Sabtu

Pagi Sabtu, jiran lama saya datang buat kejutan hantar sarapan untuk orang yang sambut hari lahir. Ada kek juga! Kek buah dan mufin. Apa yang mahal, ada lontong pecal kegemaran saya. Dah dua tahun berturut-turut saya merasa makan lontong pecal Saujana Utama ni untuk hari lahir. Tahun lepas pun mereka hantar lontong pecal untuk saya 😊

My big breakfast 😊


Mufin dan kek sedap sangat! Saya simpan dalam freezer. Makan dengan Bott beberapa hari kemudian untuk minum petang. Mufin coklat tu punyalah rich. Dah macam Chocolate Lava Muffin Starbucks.


Kek iPhone

Sebiji lagi kek menunggu saya di rumah Cekengah. Kek iPhone. Kenapa kek iPhone? Hehehe ada cerita di sebalik iPhone ni. Cekengah sengaja nak menggamit memori lama.

My butterscotch birthday cake

Ini kek butterscotch dari Sahliza Bakery, Damansara Damai yang dimiliki oleh bekas kawan sekerja Cekengah. Dari dahulu kami memang suka sangat kek butterscotch ini. Keknya lembut, krim dan lelehan butterscotch tidak terlalu manis. Memang tidak muak makan. Kek coklat mereka pun sedap juga tetapi saya tidak ingat apa namanya.


Keratan rentas kek butterscotch

Kek yang ini memang tidak semenggah potongannya sebab tak jumpa pisau potong kek. Antara lapisan kek ada kacang walnut dan sesuatu yang crunchy macam butterscotch praline. Dalam kunyahan tu ada something soft, something crunchy … best sangat!


… dan antara hidangan lazat untuk makan tengah hari kami ialah:

Nasi Arab Mandy Rahmandy

Juga dari penjual yang sama. Secara peribadi, ini antara nasi Arab yang enak dengan harga berpatutan. Nasi memang moist. Perapan ayam berasa. Cuma kalau ada sup atau kuah lagi ngam! Saya teruja sebab dapat dulang sekali. 😆

Bukan sekadar nasi Arab, nasi ayam, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi bukhari pun ada. Kalau nak buat tempahan, hubungi mereka di 011-1317 1188. Gambar saya guna pixels kecil, jadi butiran di bekas tu kurang jelas.


Alhamdulillah. Banyak rezeki sambut hari tua tahun ni. Mudah-mudahan, dengan bertambahnya usia (tanda berkurangnya hayat di dunia), akan bertambah juga keberkatan umur. Tolong doakan saya ya 😘


15 ulasan:

  1. woww, bestnyaa. happy birthday kak farah. semoga dikurniakan usia yang barokah. salam jumaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Terima kasih banyak-banyak, Dik Wawa yang cantik jelita. Miss you lah!

      Padam
  2. saya pernah makan nasi arab ni.. beli kek dan nasi ayam ni dengan seller yang sama tahun lepas. seronok sbb dapat sekali dulang. haha shaliza bakery pun salah sorang kenalan kakak saya juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kebetulan pula. Dapat dulang tu yang mahal, kan? Sedap tak nasi ayam diorang? Nanti akak nak cuba jugalah.

      Padam
  3. Alhamdulillah...rezeki dapat macam macam kek dan hidangan. Yang jauh pun tak ada masalah nak hantar sesuatu untuk kakaknya.
    Happy belated birthday kak Farrah :)
    Kita geng February babies.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah susun yang jauh masih ingat kat kakak heheheh
      Thanks, Fiza. Yeayyy betul betul!
      Kita geng February babies!

      Padam
  4. sedap2 semuanya..kek perancis tu nampak yummy sangat..

    happy belated birthday!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much! Kek tu memang sedap, sis. Nanti boleh cuba.

      Padam
  5. Sedapnya semua hidangan. Happy belated birthday sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Hanna. Alhamdulillah, semua kena dengans selera :)

      Padam
  6. Happy belated birthday. Yummy betul nampak kek tu.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Terima kasih, Cik Nur. Alhamdulillah, memang sedap2 rezeki kek tahun ni :)

      Padam
  8. Alhamdulillah.. Meraih treat hari jadi kak farah..
    Selamat ulang tahun kelahiran kak.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    BalasPadam
  9. Macam-macam kek.
    Kek pertama boleh bayang rasa macam mana sebab pernah makan seumpamanya.
    Apapun alhamdulillah atas rezeki diterima.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.