Assalamualaikum.
Kita sudah berada dalam minggu terakhir Syaaban. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita bersua dengan Ramadan. Tidak sabar hendak menyambut kedatangan tetamu istimewa ini.
Kopi dan Jurnal Tema Kopi
#coffeelove |
Selesai mengemas, luangkan masa sebentar untuk buat jurnal. Spread jurnal saya tema kopi. Kebetulan jumpa gambar kole kopi cantik dalam koleksi bahan junk journal saya. Makanya, buatlah tema kopi. Ada dapat bau sampai sana tak? 😂
Projek Kurma dan Kerepek Kulit Popia untuk Ramadan
Tahun ini saya dan Bott memang sudah niat dari awal hendak buat Pek Ramadan, small gifts untuk beri pada jiran terdekat sempena menyambut Ramadan. Meskipun dah jarang berjumpa atau terserempak sebab sekarang hanya tiga empat hari sahaja saya di rumah, mereka rajin tanya khabar. Bila tahu saya sibuk buat kerja terjemahan atau kejar deadline, diam-diam hantar makanan sangkut di pagar.
Rasa dah rancang sehabis baik … pesan kurma, buah-buahan kering, sambal, bekas dan balang kecil. Saya jangka, kalau barang yang dipesan lambat sampai sekali pun, masih sempat lagi kami bungkus elok-elok dan edarkan sebelum puasa.
Tetapi, saya terlepas pandang yang ada beberapa orang yang saya perlu beri Pek Ramadan tu selewat-lewatnya pada hari Ahad juga. For some reasons, saya memang tidak akan bersua dengan mereka lagi sehinggalah selepas raya nanti.
Semasa tengah-tengah buat jurnal tu baru tersedar tentang hal ini. Mulalah gelabah. Barang tak cukup lagi! Mujur kurma ada yang dah sampai. Bott saran buat kerepek kulit popia (kekupo) sebab bahan-bahan semua ada. Bolehlah sebagai ganti sambal dan buah-buahan kering yang masih dalam perjalanan. 😅
Resepi Kekupo boleh lihat di sini.
Kurma, kurma dengan badam dan kekupo 😊 |
Alhamdulillah, berjaya juga siapkan beberapa Pek Ramadan segera kami. Tak sempat buat kad atau cetak pelekat cantik... semua main capai apa yang sempat je.
Baki kekupo untuk saya kunyah-kunyah. |
Hari ni tengah tunggu dua penghantaran terakhir. Lepas ni bolehlah mula buat Pek Ramadan yang proper seperti dirancang. 😊
Bagaimanakah persiapan Ramadan kalian setakat ini? Harap semuanya berjalan lancar.
*Sedang blogwalking perlahan-lahan. Tungguuu… insya-Allah saya akan sampai juga ke rumah kalian.
Wah cantik jurnal tema kopi, suka pek ramadhan tu, tu ada bersticker salam ramadhan kata takda cetak pelekat cantik hehe saya buat persiapan sikit2, dekat nak siap .. rasa nak tambah salam ramadhan juga.. lariks.. hehe..
BalasPadamKurang seminggu dah nak puasa. MasyaAllah. Alhamdulillah.
BalasPadamCantiknya jurnal kopi Farrah tu...
BalasPadamAkk pun masih belum siapkan pek Ramadhan, sehari dua ni Insha Allah.
Anyway, Ramadhan Kareem to you & your family, in advance :)
Cantiknya jurnal kopi tu.. berapa hari je lagi nak puasa.. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ..
BalasPadamkekupo nampak sedap. kalau dapat kat saya, belum mula Ramadan dah habis.saya baca entry ni sambil minum kopi Hazelnut ais di petang yang panas membahang. tema kopi jugak kan
BalasPadamWah journal kopi tu cantikk!
BalasPadamCantik tema kopi...aroma tu sampai sini dah..hehehe...Nasib baik cepat bertindak berfikir apa yang boleh diberikan. Mesti cantik pek Ramadhannnya nanti :)
BalasPadamSelamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kak Farrah & family.
terbau2 bau kopi hehehe
BalasPadam