Assalamualaikum. Salam Santai Sabtu! Selamat berehat semua!
Baru-baru ini, ada kawan bertanya sama ada saya hendak paru atau tidak untuk dibuat masak? Maklumlah, sesetengah orang tak makan paru. Itu yang dia tanya dahulu sebelum beri.
Saya iyakan sahaja
dengan syarat paru yang sampai kepada saya paru yang sudah siap direbus.
Hahaha memang bunyi macam banyak cekadak tetapi saya tidak cukup gagah
untuk proses paru yang belum direbus. Nak kena rendam, kena cuci darah
beku semua tu. Saya tidak mampu.
Jadi, apabila
paru rebus selamat mendarat di dapur, terus saya usahakan untuk buat
kerepek paru rangup. Beberapa tahun dahulu, ada orang beri saya kerepek
paru rangup. Sedap sangat! Krup krap krup krap apabila dikunyah. Paru
rangup yang sepatutnya dijadikan hidangan standby kalau malas masak
tidak ambil masa lama untuk saya habiskan. Licin-licau.
Setelah
itu, hajat hendak beli kerepek paru yang sama tidak kesampaian kerana
tuan punya badan yang buat kerepek paru dah berhijrah. Cari di Shopee
dan Lazada, macam tak berkenan sangat sebab tidak ada yang betul-betul
nipis seperti yang saya pernah makan.
Ini kerepek paru rangup saya.
Kerepek Paru Rangup |
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 500 - 600g paru yang telah direbus kemudian dihiris nipis.
- 50g halia*
- 50g lengkuas*
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis*
- 3 batang serai*
- 1 biji bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- garam secukup rasa
- minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gandakan resepi jika perlu.
Bahan-bahan bertanda (*) dikisar dengan sedikit air. Jika rajin, hendak tumbuk guna alu dan lesung pun boleh. Selain itu, boleh juga letak jintan putih sebanyak 1/2 sudu teh. Tetapi, untuk kali ini, saya tidak bubuh jintan putih.
Langkah-langkah:
- Perap paru bersama bahan-bahan yang telah dikisar selama lebih kurang sejam.
- Goreng hirisan paru dalam minyak panas sehingga garing.
- Angkat dan tuskan.
Sedia untuk dinikmati. Krup krap krup krap!
Terasa-rasa kerangupann kerepek paru tu. Rajinnya buat kerepek. Saya bayangkan keenakannya!
BalasPadamKalau dapat yang rangup memang sedap
BalasPadamsedapnya paru... nasak apa pun sedap
BalasPadamselalu makan paru masak sambal hijau je.menarik resepi ni. samalah tak rajin nak proses paru mentah
BalasPadamSuami suka paru, nk.lg gorwng rangup2 gini kan
BalasPadamfav food saya tu kak..sedapnyaa
BalasPadamyum yum..dap ni. ayu pun suka paru..paru goreng, paru sambal, rendang paru...dapp
BalasPadamBelum pernah cuba
BalasPadamSedapnya.. Makan dengan nasi memang bertambah nie..
BalasPadam