Kerepek Paru Rangup

Sabtu, Ogos 06, 2022

Assalamualaikum. Salam Santai Sabtu! Selamat berehat semua!

Baru-baru ini, ada kawan bertanya sama ada saya hendak paru atau tidak untuk dibuat masak? Maklumlah, sesetengah orang tak makan paru. Itu yang dia tanya dahulu sebelum beri.

Saya iyakan sahaja dengan syarat paru yang sampai kepada saya paru yang sudah siap direbus. Hahaha memang bunyi macam banyak cekadak tetapi saya tidak cukup gagah untuk proses paru yang belum direbus. Nak kena rendam, kena cuci darah beku semua tu. Saya tidak mampu.

Jadi, apabila paru rebus selamat mendarat di dapur, terus saya usahakan untuk buat kerepek paru rangup. Beberapa tahun dahulu, ada orang beri saya kerepek paru rangup. Sedap sangat! Krup krap krup krap apabila dikunyah. Paru rangup yang sepatutnya dijadikan hidangan standby kalau malas masak tidak ambil masa lama untuk saya habiskan. Licin-licau.

Setelah itu, hajat hendak beli kerepek paru yang sama tidak kesampaian kerana tuan punya badan yang buat kerepek paru dah berhijrah. Cari di Shopee dan Lazada, macam tak berkenan sangat sebab tidak ada yang betul-betul nipis seperti yang saya pernah makan.

Ini kerepek paru rangup saya.


Kerepek Paru Rangup

Resepi Paru Berempah Rangup | Kerepek Paru

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 - 600g paru yang telah direbus kemudian dihiris nipis.
  • 50g halia*
  • 50g lengkuas*
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • 3 batang serai*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Gandakan resepi jika perlu.
Bahan-bahan bertanda (*) dikisar dengan sedikit air. Jika rajin, hendak tumbuk guna alu dan lesung pun boleh. Selain itu, boleh juga letak jintan putih sebanyak 1/2 sudu teh. Tetapi, untuk kali ini, saya tidak bubuh jintan putih.

Langkah-langkah:

  1. Perap paru bersama bahan-bahan yang telah dikisar selama lebih kurang sejam.
  2. Goreng hirisan paru dalam minyak panas sehingga garing. 
  3. Angkat dan tuskan.

 

Sedia untuk dinikmati. Krup krap krup krap!

9 ulasan

  1. Terasa-rasa kerangupann kerepek paru tu. Rajinnya buat kerepek. Saya bayangkan keenakannya!

    BalasPadam
  2. Kalau dapat yang rangup memang sedap

    BalasPadam
  3. sedapnya paru... nasak apa pun sedap

    BalasPadam
  4. selalu makan paru masak sambal hijau je.menarik resepi ni. samalah tak rajin nak proses paru mentah

    BalasPadam
  5. Suami suka paru, nk.lg gorwng rangup2 gini kan

    BalasPadam
  6. yum yum..dap ni. ayu pun suka paru..paru goreng, paru sambal, rendang paru...dapp

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. Makan dengan nasi memang bertambah nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.