Roti Labu Lembut dan Gebu

Jumaat, Julai 12, 2024

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. 

Sudah makan tengah hari ke belum tu? Saya ambil heavy breakfast pagi tadi. Untuk tengah hari, hanya makan sepotong roti labu. Itupun sebab roti gebu ni macam dok ‘memanggil-manggil’ dari atas meja makan.

Pumpkin Loaf Bread History

Roti labu ini saya beli di Bread History, IPC. Pertama kali cuba ketika saya dan Cekengah pergi cari kek pada bulan Mei lepas. Waktu tu kedai ni baru tiga hari dibuka di sana.

Dalam banyak-banyak roti dan pastri yang ada, saya tertarik dengan Pumpkin Loaf. Saya ni kalau makanan berasaskan pisang, jagung atau labu… memang saya akan teruja untuk cuba.

Beginilah rupa roti labu saya. 😊

Roti labu

Lembut, gebu dan berongga. Rotinya tidak berapa manis, rasa labu pun mild sahaja. Tak ada jem atau pes labu di dalamnya. Bayangkan roti kentang (potato bread) yang biasa kita makan tu, tetapi kali ini dengan rasa labu. Lebih kurang begitulah. 

Ini rupa dalam bungkusan. Satu pek, ada empat potong roti. 

Pumpkin Loaf | Bread History

Sedap dimakan begitu sahaja. Bertambah sedap kalau cecah dengan kopi o panas. 😊 Selain itu, buat french toast pun yummy! 

Roti labu ni sudah menjadi item wajib beli setiap kali saya singgah IPC. Selain, pumpkin loaf, banyak juga roti lain dan pastri yang sedap-sedap. Kek pun boleh tahan.


11 ulasan

  1. simpan sket utk sy. blk keje nnt sy singgah🤣

    BalasPadam
  2. wahhh pumpkin loaf.. ana blm pernah rasa hehe

    BalasPadam
  3. Di bakery shops papa saya, pumpkin bread juga ada dijual. Tp musiman. Krn labu tak selalu ada. Memang sedap. Kebetulan chef di bakery papa, suka membuat aneka macam roti, dari carrot, kentang, labu.

    Makanya kami sekeluarga memang LBH suka roti drpd nasi 😄

    BalasPadam
  4. xpernah try lagi roti labu..
    gebussssssnya!

    BalasPadam
  5. Assalaamualaikum sis, sedap roti labu, suka labu tentu sedap rasa mild². Bole try kalau jumpa nanti

    BalasPadam
  6. mesti sedap kan roti labu... ldy x pernah rasa tp ldy pernah mkn roti gemuk mcm ni gebu gebas cicah dgn kopi pekat..

    BalasPadam
  7. labu mestiii sedapp
    cicah air kopi ni perghhh

    BalasPadam
  8. nak try jugalah kalau membeli kat sini nanti. ammi pernah habiskan sepeket roti potato sekali harung je. dah habis sepeket baru rasa menyesal. macam sedap pulak makan sambil cicah kopi

    BalasPadam
  9. gebu betul rotinya.. kalau tak ada krim, memang sedaplah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.