Shakshuka | Sarapan Tahun Baharu

Ahad, Julai 07, 2024

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1446!

Selamat tahun baharu ya. Mudah-mudahan, 1446 ini bakal menjadi tahun yang baik buat kita semua.

Alhamdulillah, rezeki bercuti panjang hujung minggu ini buat kita semua. Ada yang pergi jalan-jalan ke? Healing dengan keluarga atau peruntukkan masa untuk ME-timeApapun, selamat beristirahat! Have fun!

Hari ini saya tiada sebarang plan. Mahu keluar rumah, tengok cuaca macam tak cantik. Jadi, santai-santai sahaja, binge-watch TV shows sambil buat jurnal.

Yuri tengah bobok.

Shakshuka | Menu Sarapan Maal Hijrah

Lazimnya, hujung minggu atau waktu cuti, andai Cekengah tiada urusan, dapatlah kami berkumpul dan bersarapan bersama. 

Awal-awal pagi lagi saya sudah selongkar peti sejuk. Ada lebihan daging kebab (malam sebelumnya makan nasi Arab). Tomato ada, telur pun banyak… buat shakshuka-lah. 

Saya tumis hirisan bawang, tomato yang dipotong dadu, dan ketulan daging kebab yang dihiris nipis. Kemudian, masukkan sedikit tomato puri, sedikit air, mix herbs dan garam. Rasa dah okey, baru masukkan telur, tabur sedikit hirisan cili padi dan serbuk lada hitam.

Biar seketika di atas dapur sehingga telur masak.


Siap!


Shakshuka | Sarapan kami pagi tadi 😊


Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. 

13 ulasan

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah. Sedaplah untuk selera saya, kak 😊

      Padam
  2. Alhamdulillah sedap tu makan dgn Roti Arab.. Btw salam kenal ya.. Done follow blog awesome ni :D - Follower ke 709

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal, TT. Terima kasih sudi berkunjung ke mari.

      Padam
  3. yuri tgh sejuk ehhh sbb tu jd warna cekelat😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Yuri kalau sejuk, kaler dia memekat 😂

      Padam
    2. kalau tgh panas dia x jadi oyen kan?🤣🤣🤣

      Padam
  4. Yg ini suami saya suka, tp saya tak bisa kak 😅..Krn kuning telur masih cair. Memang lah kalo kuning telur masih cair, saya tak bisa telan langsung 🤣

    BalasPadam
  5. Makan pula dengan roti.. memang bergembiralah perut..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.