ROYCE Pistache Chocolat | Minggu lepas, tengah bosan di rumah, tiba-tiba mulut terasa sunyi. 🤣 Apa lagi, selongkar pantrilah jawabnya. Tengok apa yang ada, buat teman mulut sunyi. Nampak kotak hijau, terus saya senyum lebar.
Coklat pistachio ROYCE ini coklat bermusim. Tidak silap saya bulan enam sahaja coklat ni buat kemunculan istimewa. Sempena keraian hari bapa. Semasa pertama kali rasa coklat ni tahun lepas, saya terus jatuh cinta.
Saya bukan penggemar tegar pistachio. Senang cakap, pistachio bukan perasa pilihan utama saya kalau beli aiskrim, coklat atau pencuci mulut. Ada, saya makan. Tiada, saya tidak cari.
Tetapi, kalau coklat pistachio ROYCE ni memang saya tidak akan tolak! Suka sangat. Dalam banyak-banyak produk pistachio, inilah yang paling saya suka… yang akan saya grab kalau lalu depan mata.
Beginilah rupa coklatnya. Kecil sahaja. Dalam bentuk bar memanjang. Bahagian luar ialah salutan coklat susu, coklat pistachionya di tengah.
Pistache Chocolat |
Kalian pula bagaimana? Ada sebarang produk berasaskan pistachio yang kalian suka? Kongsilah dengan saya.
Saya pun suka kacang ni. Beli sekilo masa jalan-jalan ke Turkiye. Puas makan.
BalasPadamMemang tak boleh berhenti makan, kan? 😂
Padameh baru tau perisa pistachio ni dia ada musim rupanya... ok harap dpat rasa tahun depan la jawab nya :D
BalasPadamBegitulah nampak gayanya, Kak Ret. Saya pun tak perasan coklat pistachio ni keluar ikut musim. Kebetulan, time teringin coklat Royce memang bulan 6 gitu hahaha
PadamAduhaiii bila tgk potong dalam coklat tu.. kaya sungguh isi nya.. coklatttttt hahahah
BalasPadamYes, memang tergoda tergugat selera menengoknya! 😆
Padambaru smlm sy terbaca kat X. antara benda murah kat jepun tp mahal kat🇲🇾. coklat royce ni salah satunya...
BalasPadamsy x penah try mana2 lg coklat royce ni
Nanti ada rezeki kita try sama-sama. Dapat satu suap seorang jadilah 😁
PadamYa Allah, langsung nak carilah kalo ke Malaysia lagi 😍😍😍😍. Lihat dalamnya saja dah confirm suka. Pistachio memang sedaaap kalo jadi topping coklat
BalasPadamSetuju! Mudah-mudahan suatu hari ada rezeki buat Fanny mencuba coklat ini ya.
Padamhahaha.. tergelak sha baca kesejahteraan poket tu.. Sha tak pernah rasa lagi coklat bergabung dengan pistachio ini.. nantilah sha cari dan cuba.. macam tergoda pula tengok keratan rentas coklat tu..
BalasPadamYes, kena cuba sekurang-kurangnya sekali. Baru tahu suka ke tidak…
Padam