Tembosa Daging untuk Minum Petang

Rabu, Julai 03, 2024

Tembosa Daging untuk Minum Petang | Selama ini, saya tidak tahu ada nama yang spesifik untuk karipap berbentuk bulat sebegini. Memang saya panggil karipap bulat sahaja. Tidak kiralah apapun intinya. Apabila Aunty D, ibu saudara adik ipar saya hantar kuih-muih frozen, barulah saya tahu karipap bulat ini dipanggil tembosa. 

Di pantai timur, tembosa atau temosa berintikan isi ikan, bawang dan kelapa. Di Johor pula popular dengan tembosa daging. Selain dua jenis inti ini, ada juga yang berintikan sardin atau ayam. Inti cendawan pun ada.

Alhamdulillah, rezeki saya dapat makan tembosa daging (intinya daging kisar dan kentang) untuk minum petang. Tembosa frozen all the way from Johor. 😊

Tembosa daging

Bagi saya, tembosa dari Johor istimewa sedikit. Kulit luar atau pastrinya lebih kurang sama seperti karipap biasa. Cuma rasa intinya lebih berempah. Tidak silap saya, mereka guna rempah beriani. Saya suka. Makan dalam keadaan masih hangat, memang asyik. Lawan pula dengan kopi atau teh panas… nyaman tekak petang-petang.

Tengoklah intinya, penuh, padat, meriah … memang puas makan!


Inti tembosa daging Johor

Selepas ini, saya nak cuba tembosa inti yang lain pula. Kena risik-risik ni di mana Aunty D beli tembosa sedap. Kuih frozen macam ni sesuai sangat simpan buat stok minum pagi atau minum petang.

Ada penggemar tembosa di sini? Korang suka inti apa?

2 ulasan

  1. sedap buat minum petang ni judu dengan teh o panas👍👍

    BalasPadam
  2. Ohhh baru tau namanya tembosa 😄. Di sini mau yg bentuk karipap biasa atau bulat, disebutnya pastel.

    Saya sukaaa juga stock frozen snacks seperti ini kak. Apalagi saya tipe yg tak pandai buat kue. JD memilih yg Frozen lah. Tinggal goreng saat kepengin kan 😄🤭

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.