Assalamualaikum. Salam 3 Julai!
Moga kalian semua baik-baik sahaja. Kita sudah masuk second half of 2024. Mudah-mudahan Julai menjadi bulan yang menyenangkan, lancar dan lebih baik buat kita semua. Aamiin.
My Kiwi Panna Cotta
Panna Cotta |
Panna cotta merupakan sejenis dessert Itali yang sedap dan berkrim. Bahan-bahan untuk buat panna cotta pun tak banyak sebenarnya - panna (krim), gula dan gelatin. Kemudian, untuk bahan tambahan, bergantung pada cita rasa. Hendak guna kiwi, strawberi, beri biru, mangga… semua boleh.
Tekstur panna cotta lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan creme brulee. Saya suka gabungan rasa krim yang lembut dengan sos dan buahnya yang menyegarkan. Something creamy and velvety, cair di mulut… nikmatnya!
Insya-Allah, nanti apabila datang rajin, akan saya kongsikan resepi mudah panna cotta lain kali ya.
Misi Blogwalking Tergendala
Maaf banyak-banyak. Belakangan ini, saya tidak dapat meninggalkan komen apabila berkunjung ke blog kawan-kawan. Sebenarnya, saya baru tukar gajet baharu. Jadi, tetapan telefon, laptop dan iPad saya agak huru-hara. Setiap kali mahu tinggalkan komen, sama ada saya kena log masuk berkali-kali ataupun profil saya tidak keluar langsung. Elok-elok ada semangat hendak blogwalking, terus putus angin dibuatnya.
Pernah berdepan dengan masalah ini sebelum ini. Tidak silap saya, saya kena ubah tetapan pada browser yang saya gunakan. Tetapi, sekarang ini saya dalam fasa malas hendak godek-godek. Bertahan dahulu ya kawan-kawan. Saya akan datang menjengah kalian kemudian.
Till then, enjoy your day! Jumpa lagi nanti.
sedapnyaaaa ms memula mkn pannacota ni trs jatuh cinta. sedappp sgt
BalasPadamKita geng! Saya pun! Mula-mula pandang enteng je, sekali rasa terus terpikat!
Padamwaahhhh pannacota sedapnyaa! kena godek-godek tetapan tu baru boleh dpt semula rentak hehehe
BalasPadamBetul tu, dik. Akak ni sekarang dalam keadaan nak baca label ingredients pun malas, so bab godek2 settings memang kena postpone dulu
PadamSaya pun sukaaaa panacota. Memang lebih light drpd creme brulee. Tapi 2-2 nya saya suka 😄. Kalo nak diet, pilih panacota. Tapi nak yg lebih creamy dan kaya rasa, switch ke cremee brulee 🤭
BalasPadam