Nasi Goreng Petai Jeruk

Khamis, Jun 27, 2024

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Baru hari ini berpeluang masuk blog. Beberapa minggu ni saya agak sibuk. Dari sebelum raya haji lagi tak sempat langsung nak menulis sebarang entri.

Kawan-kawan sarapan apa pagi ini? Saya buat nasi goreng petai jeruk. Kebetulan ada baki jeruk petai di dalam peti sejuk yang sudah agak lama tak berusik, saya ambil petainya jadikan rencah nasi goreng.


Nasi goreng petai jeruk.

Inilah nasi goreng saya untuk pagi ini. Meriah dengan petai jeruk. Alhamdulillah. Bertambah-tambah saya makan. Penangan petai jeruk. 😂

Petai jeruk ni, kalau tak disentuh, memang akan lama terbiar sepi tiada yang peduli. Duduklah petai-petai tu diam dalam botol. Tetapi, sekali dah ambil buat makan, memang tak akan cukup sebutir dua.

Saya pernah kongsi cara buat jeruk petai sebelum ini. Boleh lihat di sini.

Maaflah, misi blogwalking saya tergendala dua tiga minggu ini. Insya-Allah, minggu ni tenang sedikit. Bolehlah intai-intai kalian. Till then, take care!

15 ulasan

  1. Nasi goreng petai jeruk, sudah semestinya tergoda dengan aromanya!

    BalasPadam
  2. alamak! yg x makan petai ni cuma mampu tgk je hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa… tak apa… tengok je ya. Nanti saya belanja food lain 😊

      Padam
  3. wahhhh sarapan yg tak mampu ditolak ni hehe

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan petai dan tak tahu apa rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tahu suatu hari nanti En. Fairus akan cuba makan petai… orang rumah makan petai tak? 😁

      Padam
  5. tak terfikir dengan nasi goreng jeruk petai.. saya sampai dah terbuang sbb terlampau lama duduk dalam peti 😭

    BalasPadam
  6. kalo penggemar petai mmg berselera sarapan camni.. ihiks..
    tp sy bukan peminat petai.. haha

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, sedapnya nasi goreng petai jeruk, ada cara buat petai jeruk juga, thanks sis for sharing.

    BalasPadam
  8. Kalo saya memang penyuka petai 😄..JD kalo ada ini di rumah, dah pasti habis utk sambal petai kak 🤣

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.