Terpikat dengan Auura Eau De Parfum

Jumaat, Jun 14, 2024

Auura Eau De Parfum | Saya jarang beli minyak wangi. We’ll get back to that after this. Tetapi, hujung bulan lepas, ketika saya teman Bott meniaga di pop-up event di Menara KWSP, saya beli satu minyak wangi yang best baunya di booth Auura Fragrance.

Auura EDP - In Love

Beli mini vial 5 ml. RM10 sahaja. Buat letak dalam handbag, gantikan perfume atomizer yang saya hilang.

Saya sebenarnya dah bertahun-tahun tidak beli minyak wangi sebab semua minyak wangi saya ‘ditaja’ oleh Cekengah. Kali terakhir masuk kedai perfume pun sebab pergi intai-intai pop-up shop The Parent Company di One Utama tahun lepas.

Cekengah memang suka beli minyak wangi dan body mist. Malangnya, dalam kebanyakan situasi, dia selalu tersalah beli minyak wangi. Di kedai rasa dah cukup wangi. Balik rumah, tiba-tiba baunya ‘tendang’! Memang tidak kena langsung dengan tuan punya diri.

Adik saya ni pula jenis beli barang tak belek dan fikir habis. Dia rasa wangi, best, pergi kaunter terus bayar. Dah balik, mulalah menyesal perfume tu tak kena dengan dia.

Di sinilah teruntuk rezeki buat saya. 😊 Surprisingly, setiap minyak wangi yang tidak kena dengan Cekengah, somehow sesuai dengan saya. Jadi, banyaklah saya warisi minyak wangi daripadanya. Memang tak perlu fikir tentang perfume dah kakaknya ni. 

Cinta Bau Pertama dengan In Love, Auura Fragrance

Berbalik kepada minyak wangi Auura tadi, booth mereka dekat je dengan booth Bott. Bott yang meniaga, saya banyak jalan pusing-pusing booth lain, membuat sumbangan ekonomi. 😂 

Dalam pada meronda tu, adik yang jaga booth Auura beri saya tester strip

Minyak wangi Auura ini ada tiga bauan - bunga-bungaan, buah dan vanila.

Saya paling berkenan dangan In Love, yang bau bunga. Sekali hidu je terus jatuh cinta!

In Love, Floral Scent Fragrance

Haruman perfume ni buat saya teringat pada Covet, minyak wangi Sarah Jessica Parker dan Burberry Her. Jenis yang berbau bunga (tetapi tidak terlalu kuat), tetapi tetap ada bau fresh dari buah-buah and hint of woods. Semuanya just nice. Tidak terlalu floral, tidak terlalu fruity atau musky. I like!


Tengoklah apa bahan-bahan yang digunakan untuk buat haruman ini.

Bahan-bahan dalam In Love, Auura

Setakat saya pakai, memang puas hati. Baunya kekal dan tahan lama. Mula-mula, saya tak letak high expectation. Bau sedap satu hal tetapi takut jenis tak tahan lama atau bila dah hujung-hujung baunya bertukar pelik. Tetapi, setelah beberapa jam baunya tetap begitu. Sweet dan lembut. 

I’m impressed!

Selepas ini, boleh consider beli yang 30ml dalam botol pula.

Kalian suka bau minyak wangi yang macam mana? Sekarang ni tengah viral orang beli minyak wangi Dubai. Ada yang dah cuba?

Psst! Dah balik kampung ke tu? Have a safe journey! Insya-Allah, kalau sempat hujung minggu ni saya blogwalking singgah rumah kalian ya.



6 ulasan

  1. betul tu. kdg masa kat kedai kita rs bau dia tu dah plg best daa
    tp bla blk... hmmm hampeh

    BalasPadam
  2. Saya nih koleksi parfumes kak. Tapi saya memang suka segala macam wangi. JD tak seperti mama saya yg hanya suka Estee lauder pleasures, saya ganti2 pakai parfume. Tergantung mood 😄.

    Saking banyaknya parfume di rumah, saya pakai juga tiap saat abis mandi malam dan nak tidur. JD tak mubazir..kalo habis ada alasan utk beli lagi 😄

    BalasPadam
  3. Saya nih koleksi parfumes kak. Tapi saya memang suka segala macam wangi. JD tak seperti mama saya yg hanya suka Estee lauder pleasures, saya ganti2 pakai parfume. Tergantung mood 😄.

    Saking banyaknya parfume di rumah, saya pakai juga tiap saat abis mandi malam dan nak tidur. JD tak mubazir..kalo habis ada alasan utk beli lagi 😄

    BalasPadam
  4. sekarang ldy mencari2 founder untuk berjualan perfume... :D.. :D.. doakan yer.. dah jumpa cuma belum buat dengan sebelumnya.. baru try pasaran

    BalasPadam
  5. setakat ni sy suka perfume yg ticer dianjaunah jual.. yg dubai tu xpernah cuba lg.. hihi

    BalasPadam
  6. pernah merasa minyak wangi dubai...husband belikan masa ada latihan dekat abu dhabi...merasa lah jugak..hihihi...dah habis pun..sedap baunya, nak beli sendri...ehhhh syg nya duit...hahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.