Sepotong tiramisu cukup mewah dijadikan sebagai ganjaran buat diri, suntik tenaga setelah penat bekerja.
Saya gemar gabungan rasa jejari savoiardi yang dicelup ke dalam kopi kemudian dilapisi keju mascarpone dan coklat.
Bayangkan, kemewahan itu dinaik taraf ke bentuk latte. Tiramisu + kopi. Nikmat berganda. 😊
Saya suka treat kopi saya kali ini. Nyaman betul apabila tiramisu latte yang dihidangkan sejuk, lalu di tekak. Gunakan jejari savoiardi tu, celup ke dalam latte dan kacau sehingga sebati. Makan biskut yang dah soggy menyerap latte berselang-seli dengan hirupan kopi. Memang syok!
Saya turut pesan pistachio croissant. Sedap atau tidak? Tentulah. Setakat ini, roti dan pastri di The Bread Bar yang pernah saya cuba semuanya enak. Langsung tidak menghampakan.
Pistachio Croissant |
Nampak tak betapa meriahnya topping kacang pistachio pada croissant tu? Almond croissant mereka pun rich tau.
Alhamdulillah, senyum sampai telinga.
Sekali-sekala, saya ambil kesempatan untuk explore menu kopi istimewa yang ada (selain pilihan yang biasa seperti cappuccino, latte, flat white dan piccolo tu semua). Buat tukar-tukar selera.
Kalian ada saranan kopi lain yang boleh saya cuba?
emmm..dapnya
BalasPadamoooo...baru tau maksud tiramisu tu pick me up or cheer me up...ooo
love it...
Kenangang, HWC Kak Farrah kena cuba hehehe. Sya belum try lagi cafe yang ni. Kena masukkan dalam list ni
BalasPadamlama tk buat tiramisu...sedapnya...meriah topping crossaint tu ye
BalasPadamArghhh sedapnyaaa… godaan sungguh laa utk org puasa ni hehehe
BalasPadamSaya pun sukaaaa tiramisu. 😍😍😍. Dah pastilah dijadikan latte seperti ini memang sedap. Melihatnya saja dah teringin saya kak. Croissant tuh pun menggoda sangat 😍
BalasPadamSaya tak minum coffee dan tak suka dessert & pastries sangat, so I have no suggestion. Tapi, serious nampak sedap apa yang kak Farrah pilih ni :D
BalasPadam