Rantai Kunci Scrunchie | Scrunchie Key Chain

Khamis, Jun 13, 2024

Sebelum ini, saya telah kongsi tentang projek DIY saya menggunakan manik silikon. Baca mengenainya di sini. Hari ini, cerita pasal rantai kunci scrunchie (scrunchie keychain) pula.

Bott memang jual dan ambil tempahan scrunchie. Dia pandai menjahit tapi tak suka jahit baju. Jadi, macam-macam bendalah yang dijahitnya apabila ada masa lapang. 

Selain getah rambut, ada juga beberapa produk lain yang dia suka jahit dan jual seperti book sleeve, wristlet key fob, scrunchie key fob dan tote bag.

Saya ni pula pantang tengok benda berwarna-warni. Kertas ke kain ke… semua saya suka! Memang keraplah saya selongkar bakul berisi perca kain Bott. Intai-intai, mana tahu ada yang boleh digunakan untuk junk journal atau projek kraf saya.


Scrunchie Keychain

Sewaktu menyelongkar dan membelek-belek kain, saya jumpa jalur-jalur kain yang cantik warna dan rekaan coraknya. Bott kata kain-kain tu terlalu kecil dan pendek untuk buat scrunchie biasa dia.

Saya pilih-pilih jalur kain, kemudian minta tolong dia buatkan scrunchie mini untuk saya. 

Dalam pada itu, saya beli gelung rantai kunci yang satu set dengan swivel hook dan aksesori hiasan ala-ala mutiara. Item-item ni boleh cari di Shopee.

Inilah hasilnya…
Mini scrunchie keychain

Rantai kunci scrunchie. Tetapi, scrunchie itu hanya sekadar hiasan sahaja. Tidak praktikal guna untuk ikat rambut. Nanti tersangkut ke tertarik ke rambut tu… tak ke naya! Pakai kat pergelangan tangan pun tak lepas ni sebab kecil sangat. 😆 

Saya buat 10 unit. Satu Bott dah cukai sebab dia berkenan. Jadi, baki yang sembilan lagi akan dibungkus kemas-kemas,  buat gifts

Sedia untuk dibungkus dalam plastik jernih.

Comel tak? Saya super duper happy sebab dapat manfaatkan kain perca Bott 🤣

Bott ada buat scrunchie key fob, scrunchie… di hujungnya ada fob untuk letak kunci, kita pakai di pergelangan tangan. That one nanti apabila ada kesempatan (dan saya rajin selongkar stok dia 😆), saya kongsi kain kali.

4 ulasan

  1. comei2 nya semua.suka tgk hasil tangan..kreatif sungguh tau

    BalasPadam
  2. Kakak kreatif sangaaaat memang 😍😍😍. Sukaaaa semua hasilnya. Selama ini tak terpikir pula scrunchies dibuat keychain. Baguuuus👍👍. Dan bisa mengurangi sisa limbah kain juga kan.

    BalasPadam
  3. Cantikkkk… sekadar cadangan… apa kata Farrah gabungkan warna merah, putih, hitam dan hijau? U know what I mean kan? Pasti ramai yg nak beli nanti…

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.