Silicone beads for DIY Accessories | Manik Silicon untuk Aksesori DIY - Sudah lama sebenarnya saya ingin beli manik silikon untuk buat projek kraf baharu. Berkenan tengok manik-manik silikon yang dijadikan rantai kunci, gelang dan macam-macam aksesori.
Hujung bulan lepas, saya beli beberapa pek manik silikon. Biar banyak pilihan, mudah untuk dipadan-padankan.
Inilah pembelian saya 😊
Silicone beads | Manik silikon |
Beraneka warna, pelbagai bentuk. Ada yang bulat, leper, heksagon, bercetak corak… ada yang warna terang, warna pastel dan ada juga yang transparent. Teruja saya tengok! 😁
Apa itu manik silikon (silicone beads)?
Manik silikon, jelas dari namanya diperbuat daripada silikon. Secara kasar, maniknya akan kelihatan seperti manik lain tetapi teksturnya kenyal-kenyal seperti getah. Ala, lebih kurang seperti peralatan memasak silikon tu, bezanya yang ini dalam bentuk manik.
Manik silikon biasanya digunakan untuk membuat aksesori atau perhiasan DIY seperti rantai kunci, gelang manik dan landyard.
Antara kelebihan manik silikon ialah mudah dibersihkan dan tahan lama. Itulah sebabnya manik ini biasa digunakan untuk buat tali pemegang atau klip puting anak. Andai si kecil kemam-kemam atau gigit manik tu, tidak menjadi masalah.
Hendak tengok hasil pertama DIY saya menggunakan manik silikon?
Tadaaaaaa!
Rantai kunci manik silikon. |
Saya buat rantai kunci. Atau lebih tepat lagi, hiasan kepada rantai kunci. Susun-susun manik, masukkan getah elastik, ikat… siap! Letak tassel sebagai penambah seri. Comelnya!
Klipkan pada gelang kunci-kunci kita. Selain itu, benda ini boleh juga dijadikan zipper puller. Seperti di bawah ini.
Cantik tak? |
Baru-baru ini, saya cuba jual di pop-up market yang Bott dan saya sertai. Alhamdulillah. Not bad. Dapat sambutanlah juga. Ada potensi untuk jadi barang jualan tetap ni. 😊
Next project, ingin buat landyard pula. Setakat ini, tengah kumpul barang sedikit demi sedikit. Ada beberapa jenis manik silikon comel yang saya sudah beli, tetapi belum sampai lagi.
Wahhh..Nice sgt....Sy pun ade byk manik2 ni...Hari tu buat phone charm..lepas tu stop..Ni tgk idea ni bleh la nk try semula... =D
BalasPadamJom buat benda ni pula. Sayang manik2 tu kalau terbiar tak berguna 😊
Padamwaahhhh cantik! suka sangat keychain mcm ni!
BalasPadamComel, kan. Akak suka sebab cantik je terjuntai-juntai 😊
Padamkak farah beli kat mana beads tu semua cantikla!
BalasPadamAkak biasa beli kat Shopee. Biasa ada good deals. Kat Temu skrg macam ada lebih banyak pilihan tapi mahal sedikit.
Padamkalau dah creative tu...bagi jelah apa pun confirm jadi
BalasPadamHehehe ada jugak yang tak jadi, sis. Dah kena lanting 😂
PadamCantik juga dan kalau ada event memang boleh jual ni, nak2 kalau budak2 kecil minta.
BalasPadamSetuju. Target sesuai - budak2 dan gadis remaja 😊
Padamcomel2 je manik2 ni.. geram pulak kita tengok.. hihi
BalasPadamAkak geram sebab kaler manik tu cantik2 😊
PadamKreatif, boleh buat duit tepi ni
BalasPadamBolehlah kan… buat tambah2 duit jajan ☺️
PadamSemoga next projectnya lancar, sehat selalu dan terus konsisten
BalasPadamcomei nya..color pastel gitu
BalasPadamAissssh cantiiiiik kak 😍😍. Saya pun suka kalo bahan silikon. Krn lebih awet juga, tak gampang pecah dan putus. Warna2nya pun menarik.
BalasPadamSetuju, Fanny. Manik silikon begini lebih berkualiti dan cantik coraknya. Paling penting, tahan lasak.
PadamMmg cantik sangatttt… kalua buat phone charm strap pun cantikkkk
BalasPadamComel sangat, kak Farrah :D
BalasPadamMasyaAllah cantikkk... Kreatif sgat!
BalasPadam