Tiramisu Latte Buat Hilang Penat

Jumaat, Jun 14, 2024

Dua tiga hari ini saya agak sibuk dan banyak urusan di luar. Selesai urusan, cari kopi dahulu sebelum gerak balik. Saya cuba Tiramisu Latte.

Tiramisu Latte | The Bread Bar, TTDI

Ada yang suka makan tiramisu? Dalam bahasa Itali, tiramisu membawa erti pick me up atau cheer me up.

Sepotong tiramisu cukup mewah dijadikan sebagai ganjaran buat diri, suntik tenaga setelah penat bekerja. 


Saya gemar gabungan rasa jejari savoiardi yang dicelup ke dalam kopi kemudian dilapisi keju mascarpone dan coklat. 


Bayangkan, kemewahan itu dinaik taraf ke bentuk latte. Tiramisu + kopi. Nikmat berganda. 😊 


Saya suka treat kopi saya kali ini. Nyaman betul apabila tiramisu latte yang dihidangkan sejuk, lalu di tekak. Gunakan jejari savoiardi tu, celup ke dalam latte dan kacau sehingga sebati. Makan biskut yang dah soggy menyerap latte berselang-seli dengan hirupan kopi. Memang syok!


Saya turut pesan pistachio croissant. Sedap atau tidak? Tentulah. Setakat ini, roti dan pastri di The Bread Bar yang pernah saya cuba semuanya enak. Langsung tidak menghampakan.


Pistachio Croissant

Nampak tak betapa meriahnya topping kacang pistachio pada croissant tu? Almond croissant mereka pun rich tau.


Alhamdulillah, senyum sampai telinga. 


Sekali-sekala, saya ambil kesempatan untuk explore menu kopi istimewa yang ada (selain pilihan yang biasa seperti cappuccino, latte, flat white dan piccolo tu semua). Buat tukar-tukar selera. 


Kalian ada saranan kopi lain yang boleh saya cuba? 

6 ulasan

  1. emmm..dapnya
    oooo...baru tau maksud tiramisu tu pick me up or cheer me up...ooo
    love it...

    BalasPadam
  2. Kenangang, HWC Kak Farrah kena cuba hehehe. Sya belum try lagi cafe yang ni. Kena masukkan dalam list ni

    BalasPadam
  3. lama tk buat tiramisu...sedapnya...meriah topping crossaint tu ye

    BalasPadam
  4. Arghhh sedapnyaaa… godaan sungguh laa utk org puasa ni hehehe

    BalasPadam
  5. Saya pun sukaaaa tiramisu. 😍😍😍. Dah pastilah dijadikan latte seperti ini memang sedap. Melihatnya saja dah teringin saya kak. Croissant tuh pun menggoda sangat 😍

    BalasPadam
  6. Saya tak minum coffee dan tak suka dessert & pastries sangat, so I have no suggestion. Tapi, serious nampak sedap apa yang kak Farrah pilih ni :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.