Haruman Segar Via Pinky Scented Diffuser

Khamis, Ogos 29, 2024

Assalamualaikum. Selamat pagi!

Hari ini cerita tentang scented diffuser. Sebenarnya, saya bukan jenis yang suka beli diffuser untuk rumah. Tetapi, baru-baru ini si Cekengah rambang mata beli blind bags. Adik saya ni memang cepat rambang mata. Dia kalau tonton ‘live’ di Shopee atau TikTok, laju je tangan buat purchase

Saya tak pasti dia beli blind bags di mana tetapi antara item-item yang diperoleh ialah minyak wangi, losen badan, scented hand sanitiser dan Via Pinky Scented Diffuser.

Alhamdulillah, tiga-tiga jadi milik saya. 


Via Pinky Scented Diffuser

Rezeki dapat tiga wangian yang berbeza: - Strawberry Poppy, Japanese Cherry, Honeydew. 

Cuba pasang satu dahulu.  
Via Pinky Scented Diffuser - Japanese Cherry

Japanese Cherry. Konon-konon nak dapat vibe ala ala Jepun. Ala ala sakura gitu. Wangi atau tidak? Not bad. Lembut je aromanya. Tak terlalu kuat sampai menusuk hidung. Bagi saya okeylah. Buat wangi-wangikan ruang.

Saya secara peribadi kurang gemar pakai pewangi ruang jenis yang auto spray tu. Biasanya, saya lebih prefer buka tingkap dan pintu gelangsar luas-luas, anginkan rumah dan semburkan pewangi fabrik pada langsir, sofa dan permaidani sekiranya perlu.

Kalian pula bagaimana? Suka pakai pewangi rumah atau tidak?

3 ulasan

  1. masih kekal dgn lilin wangi tu pun pakai dlm bilik sbb nak sng lena😁

    BalasPadam
  2. Dulu pakai, yg auto spray tiap 30 menit sekali. Tapi lama2 malas 🤣. Sampai skrg tak pernah beli lagi .

    Tapi saya pakai air purifier di rumah yg memang membersihkan udara dan segala bau.itu saja dah cukup

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.