Ini kisah sekitar pertengahan Julai yang lalu. Saya bersarapan di Alora Spices, Taman Tun Dr. Ismail, sebuah restoran yang menyajikan makanan India.
Alora Spices |
Perkara yang buat saya teruja ialah di restoran ini ada dahi puri! Dahi puri ni kiranya macam adik-beradik dengan pani puri.
Baca juga: Makan Malam di Restoran Sunil Shetty
Pesanan saya - dahi puri dan teh masala. |
Cuma selain kentang dan kacang kuda, dahi puri ada isi buah delima dan juga yogurt sebagai topping.
Dari segi rasa, bagi saya, dahi puri lebih refreshing, tidak terlalu kuat rasa rempah dan masamnya berbanding pani puri. Dua-dua saya suka.
Close-up sikit gambar dahi purinya.
Sedap… boleh layan 😊 |
Saya turut pesan appam. Ada beberapa pilihan appam di sini - sweet appam, chicken kheems appam, egg appam, mutton kheem appam… saya pesan yang simple je - sweet appam. Itu pun sedap! Tak sempat nak ambil gambar sebab sebaik sahaja sampai, terus suap appam masuk mulut. 😆
Tosei masala. Chutney tu sedap. |
Time tengah lapar, memang saya akan pilih tosei masala. Inti kentang, kan… mengenyangkan. Kalau sekadar nak alas perut, bolehlah pilih tosei ghee atau tosei rawa.
Alhamdulillah, kenyang perut senang hati. Food sedap, kira puas hatilah makan di sini. Boleh repeat pada masa akan datang.
Pani puri pun saya tak pernah makan lagi kak Farrah, inikan dahi puri. hihi..lain isinya ye. Saya suka jenis tak kuat rempah sangat. Sesekali sarapan lain dari yang lain best juga. Itulah tu, kadang malas nak ambil gambar sekeliling kalau ramai orang.
BalasPadamHaa…. kalau Fizah jenis tak suka berempah sangat, you should try dahi puri. Tapi, pani puri pun berbaloi untuk dicuba. Nampak tak akak memang suka dua-dua 🤣
PadamKan… akak dah tua-tua ni memang kalau orang ramai cepat rimas. Lagi satu, takut orang lain rasa tak selesa.
So, dapat amik gambo food depan mata kita dah score.
Adoi.. Kita tak reti makan makanan india nie... Yang tahu makan, tosei kosong je.. Itu pun dengan kuah kari.. Hihihi
BalasPadamNanti boleh cuba tosei masala pula for a change. Dalam tosei tu ada inti kentang lenyek berempah. Sedappp.
Padamdapnya..tosei tu
BalasPadamSedap dan mengenyangkan! 😊
PadamAisssh kaaaaak, sukses buat saya nak terbang KL skr ini 🤣🤣🤣. 🤤. Terbayang sedaaap sangat nih.
BalasPadamBlm pernah coba puri. Kalo lihat bentuknya, saya rasa saya akan suka 😍😍
Selepas ini Fanny harus coba kapan punya kesempatan. Mana tahu bakal kena dengan seleranya. Cemilan enak nih!
Padamtosei saya selalu jugak makan. tapi yang lain tak pernah cuba lagi
BalasPadamNanti lain kali boleh cuba. Tosei kalau nak kelainan boleh try tosei rawa atau tose ghee 😊
Padamlain mcm tosei masala tu. sekali tgk mcm roti telur pula tp versi nipis😁
BalasPadam