Makan Malam di Restoran Sunil Shetty

Khamis, Mei 02, 2024

‘Jom makan dekat restoran Sunil Shetty!’ 

Apabila sudah ramai-ramai berkumpul masa raya dan ada yang mencetuskan idea, maka satu rombonganlah pergi serbu Copper Grillhouse, cawangan Copper Chimney (sebuah restoran terkenal India) yang baru dibuka di Taman Tun Dr. Ismail. 

Copper Grillhouse

Bahagian dalam tingkat bawah.

*Kredit gambar - Instagram Copper Grillhouse


Tempat makan ini baru sahaja dibuka pada awal tahun. Disebabkan aktor Sunil Shetty yang merasmikan pembukaannya, terus lekat kami panggil restoran Sunil Shetty. Selalu lalu-lalang sahaja depan restoran ini, tetapi belum berkesempatan singgah makan.

Kebetulan, ada sesuatu yang ingin kami raikan. Jadi, inilah peluang cuba makan di tempat baharu! Tempahan kami pukul 8 malam. 15 orang dewasa. Yang kecil-kecil tidak turut serta.

Copper Grillhouse menawarkan juadah-juadah autentik dari Utara India. Kami pesan itu sedikit, ini sedikit… buek ghaso-ghaso 😊. Antaranya:

  • Chand Chowt Chaat
  • Lamb Rogan Josh 
  • Burrah
  • Signature Kabab Platter Non-veg
  • Gosht Dum Briyani
  • Murg makhani (Butter chicken)

Tetapi, maaflah tiada gambar makanan yang betul-betul proper. Lapar sangat! Makanan sampai terus masuk mulut. Tak sempat nak ambil gambar food dalam keadaan sempurna sebelum diusik.

Antara roti yang dipesan.

Penat makan lauk-pauk raya, malam tu kami pujuk tunas rasa dengan pelbagai jenis roti yang ada seperti Chura Paratha, Signature Bread Basket, Cheese Naan dan Roomali Bread. Roti-roti ini dipotong, kemudian dihidangkan panas-panas di setiap meja kami. 

Selain roti, ada nasi beriani. Kami pesan dua jenis - ayam dan kambing. Tengoklah, bukan main lagi plating and presentation nasi berianinya. Antara ayam dengan kambing, saya lebih suka beriani kambing. Dari nasi, rempah-ratus hinggalah ke daging kambingnya, memang cukup rasa!

Gosht Dum Briyani (Lamb)

Yummehhh!

Muka happy saya, food dah sampai. Big boss di belakang tengah sibuk hilir mudik pastikan setiap seorang ‘ahli rombongannya’ dah dapat makanan. 😁

Di hadapan saya, Signature Kabab Platter Non-veg. Ini antara menu yang patut dicuba. Ada empat variasi kebab. Keempat-empatnya sedap! Bagi saya, paling lazat yang berwarna hijau tu - fish tikka. Dipping sauce yang disediakan pun yummy yummm!

Dalam pinggan saya yang sejemput tu pula Chand Chowt Chaat. Kacang kuda dengan yogurt dan beberapa ramuan lain. Not bad at all.


Untuk minuman, memang banyak pilihan. Kopi, teh, jus, lassi… pilihlah apa sahaja sesuai selera. Cekengah, Uje dan yang lain-lain, kebanyakannya pilih mango lassi. Saya punya air istimewa sedikit. 😊

My drink - Punjabi Masala Chaas. Dari kiri Lamb Rogan Josh, Chicken Tikka dan Chand Chowt Chaat  

Punjabi Masala Chaas saya ni air berempah. Gabungan lassi dengan jintan, ketumbar dan cili. Boleh bayangkan tak rasanya? 😊

Bising mulut Cekengah kompelin air saya macam kuah. Hahahah. Saya suka. Berempah begitu dapat panaskan badan. Lagipun, waktu-waktu sebeginilah nak mencuba air rare! Setakat manggo lassi tu, baik saya beli di restoran mamak bawah rumah je 😂.

Bergambar kenangan di resto Sunil Shetty 😆

Alhamdulillah. Bengkayang! Berselera kami menikmati hidangan makan malam berkonsepkan Utara India. Secara keseluruhan, makanannya memang sedap-sedap. Layanan dan servis staff tip top. Jangka masa menunggu makanan disediakan pun tidak begitu lama.

Seandainya tiba-tiba mengidam makanan India atau saja-saja hendak tukar selera, bolehlah makan di Copper Grillhouse ni.

5 ulasan

  1. Cantik deko-deko lampu dalam copper grillhouse ni

    BalasPadam
  2. Kaaaak, cantiiiik yaa dia punya deco 😍😍. Saya sebenarnya suka Indian foods. Tapi pernah juga ada beberapa menu yg tak seberapa sesuai dengan lidah. Krn itu tiap ke restoran India, terkadang saya tak berani pesan yang terlalu 'aneh', dan hanya menu yg saya dah familier hahahah.

    Takut mubazir kalo tak suka 😅

    Tapi saya setuju dengan kakak, terkadang kalo memesan menu minuman, saya pun prefer coba yg unik2 drpd yg biasa. Tapi dulu pas ke salah satu resto India , pernah coba butter tea, yg mana juga pakai rempah, saya tak kuat minumnya 🤣. Untunglah suami mau habiskan hahahha.

    Jadi khusus utk menu India, biasanya saya tak terlalu berani coba2 kecuali kalo teman ada bilang sedap 😄

    Nanti nak juga ke restoran ini, kebetulan june akhir saya ada jadwal ke KL

    BalasPadam
  3. laa... igt kan sunil shetty punya restoran hehehe
    perghhh air berempah tu...
    kalau sy kompem balik rumah trs msk toilet
    hahaha

    BalasPadam
  4. Resto dia wow sangat. Makanan sedap dan service bagus pasti pelanggan akan datang lagi. Food plating dan presentation dia buat orang tak sabar nak makan je kan.

    BalasPadam
  5. Pergh!! Rasa apa ye air kak Farah? Teruja pula nak tahu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.