Kopi Pagi - Black Sunrise

Khamis, Mei 02, 2024

Assalamualaikum. Selamat pagi!

Biasalah, kena mulakan hari dengan secangkir kopi. Hari ini saya ada banyak urusan pada sebelah pagi. Jadi, saya perlukan sesuatu yang ‘menyengat’ untuk sentak rasa mengantuk dan malas kerja saya. 😅

This is my morning coffee for today. 

Black Sunrise
Bread Bar, Taman Tun Dr. Ismail.

Black Sunrise

Nama glamour Black Sunrise. Nama kurang glamour kopi oren. Espresso dan jus oren. Satu shot espresso diperasakan dengan jus oren pekat, letak ais dan hirisan oren kering. 

Kacau sebati. Minum.

Satu teguk terus terjaga deria! Masam masam manis dari jus oren bergabung dengan bancuhan kopi pekat, memang best! Rasa oren dan kopi seimbang. Tidaklah masam oren tu terlalu dominan sehingga menenggelamkan rasa kopi.

Okey, mata saya dah celik. Jom buat kerja!

Semoga hari kalian baik-baik sahaja.
Tunggu, nanti saya datang blogwalking ya. Lambat atau cepat je… 😊

11 ulasan

  1. Balasan
    1. Rasa tangy tu yang sedap… buntang mata dibuatnya 😁

      Padam
  2. jus oren tu, macam jus sunquick ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orange juice yg kita perah fresh tu, Anies. Pati oren tu campur dengan espresso.

      Padam
    2. Good idealah… guna Sunquick. Boleh cuba ni

      Padam
    3. buat cake biasa pun ok ni farrah... kek kopi oren ;-)

      Padam
  3. alamak.. first time tengok kopi + oren.

    BalasPadam
  4. x pernah try lagi..emmm, menariks bunyinya

    BalasPadam
  5. Saya pernah coba orange coffee di salah satu kafe. Memang sedap. Tapi terkadang ada juga barista yg tak pintar meracik 😄. Jadi rasa tak pas. Hanya saja kalo ketemu yg sedap, memang lah langsung melek mata dibuat 😄👍

    BalasPadam
  6. Sesuatu yang rare. Menarik gabungan espresso dan oren. Kopi dan oren bergabung memang segar biji mata dibuatnya.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.