Siapkan Tempahan Penanda Buku Reben Elastik

Selasa, September 24, 2024

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Selamat pagi! Sudah bersarapan atau belum?

Saya belum makan lagi. Pagi-pagi tadi dah masuk bilik kraf untuk siapkan tempahan penanda buku. Penanda buku yang dibuat daripada reben elastik ini ditempah oleh ibu saudara adik ipar saya, Aunty R.

Lazimnya, penanda buku reben elastik ini saya buat untuk novel biasa dan buku bersaiz A5 (lebih kurang 18-20 cm panjangnya). Tetapi, Aunty R mahu penanda buku yang lebih panjang, yang boleh fit saiz A4. Aunty R mahu masukkan ke dalam goodie bags, beri kepada teman-temannya untuk digunakan sebagai penanda al-Quran dan Tafsir.

10 penanda buku reben elastik untuk buku bersaiz A4 siap!

Elastic ribbon bookmark

Dah siap masuk packaging. Sebahagian daripada rebennya saya sisip di bahagian belakang supaya lebih kemas. 😊 

Oh sebelum tu, let’s put this to test!

Penanda Buku | Penanda al-Quran 😊

Alhamdulillah, fits perfectly! Al-Quran Tafsir saya di atas bersaiz A4. Lagi dua tu pula,  penanda buku saiz biasa saya. Bukan sekadar untuk novel dan al-Quran, cantik juga digunakan untuk jurnal, planner atau diari. Insya-Allah, nanti-nanti saya buat entri tutorial kongsi cara buat penanda buku ini ya.

Kerja selesai! Waktu untuk kopi dan makan pagi! 😊
Selamat menjalani hari!

7 ulasan

  1. comelnya...seronok betul dapat buat kraf macam nie

    BalasPadam
  2. Aaah cantikk nya kak 😍😍😍. Untuk yg suka membaca buku macam saya ini sangaat berguna sebagai penanda memang. Tanpa harus melipat kertas buku

    BalasPadam
  3. Cantiknya.. mcm blom pernah jumpa dijual di pasaran ke sy yg jarang bukak shopee or tt

    BalasPadam
  4. cantiks....MA pun mcm Fanny..mesti guna book mark, sayang nak lipat2 buku

    BalasPadam
  5. kellassss gituuuuuu
    jarang tak kreatif member kite niiiii

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.