Cerita memburu nasi kerabu ini kisah minggu lepas. Bott teringin nasi kerabu. Niat asal kami hendak makan nasi kerabu atau nasi dagang dari food truck Che Nah Nasi Dagang dekat Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI tu je. Malangnya tiada rezeki.
Puas pusing-pusing cari tempat makan untuk bersarapan, (dengan harapan jumpa nasi kerabu) akhirnya kami ke Kenny Hills Bakers. Di sana confirm ada nasi kerabu! Hahaha hasrat orang teringin baiklah ditunaikan segera. Kalau tidak, esok lusa timbul balik episod mengidam nasi kerabunya. 😂
|
Nasi Kerabu |
Inilah nasi kerabu yang dipesan Bott. Boleh dikatakan antara nasi kerabu yang sedap, cukup rasa dan berbaloi dinikmati. 😊 Lauk ayam percik dan solok lada, lengkap dengan keropok, ulam, sambal kelapa kering dan telur masin. Portion budu dan sos pedas pun banyak.
Dahulu, Cekengah yang rajin bawa arwah Cekebon datang bersarapan di sini. Berkumpullah kami semua adik-beradik makan sama-sama, cuba menu itu, menu ini… kongsi pastri, kek… dan pasti akan ada antara kami yang pesan nasi kerabu. Sebab nasi kerabunya memang best! Kena dengan selera.
Salmon Smoked Bagel
|
Smoked Salmon Bagel |
Bott sudah happy dengan nasi kerabunya. Ini pula sarapan saya - bagel ikan salmon.
Belahan bagel disapu dengan krim keju, letak ikan salmon segar, capers dan daun dill. Dap dap dap! Bagel dan krim keju sudah cukup enak. Ada ikan salmon bertambah enak, lebih puas dan mengenyangkan. Enjoy betul saya makan bagel ikan salmon ni.
Kami turut beli beberapa jenis pastri untuk mulut yang masih ‘sunyi’. Lagipun, kaunter bakeri yang penuh dengan deretan kek, tart, roti dan pastri tu ‘memanggil-manggil’! Nak buat macam mana kan… kenalah sahut. 🤣
|
Canelé, quiche dan pistachio croissant 🥐 |
Canelé. Setiap kali jumpa, setiap kali tu kena beli. Entri mengenai
my favourite canelé di sini.
Selain canelé, kami pilih quiche dan pistachio croissant. Sebelum ini, biasa ambil almond croissant. Tukar selera ke pistachio pula.
Untuk bawa pulang, kami beli peach strudel, salted caramel chocolate tart dan key lime pie. Semuanya begini 👍🏼👍🏼👍🏼.
Sekali-sekala bolehlah layan kehendak tekak makan pastri manis mewah macam ni. Tak boleh diamalkan selalu. Tinggi gula, tinggi kalori.
Sebenarnya bagi saya, makanan manis-manis ni syok makan apabila kita kongsi-kongsi, rasa sikit sorang. Baru boleh hargai kelazatannya. Kalau tidak, boleh jelak (dan overdose gula 😆) mahu habiskan sorang-sorang.
Alhamdulillah, perut dah kenyang, dessert siap tapau… kami pun berangkat pulang dengan gembiranya.
Psstt! Nanti slow-slow saya blogwalking dan balas komen ya!
East meats West kekdahnya ye... Sorang nasi kerabu sorang bagel hehe
BalasPadamHehehe sekali-sekala 😂
Padammcm lama je x makan nasi kerabu..dapnya
BalasPadamSilalah cari nasi kerabu dengan segera 😊
Padamkt sini tk pernah lg order main menu...biasa teat time layan pastries...paling fav signature peach strudel....adik pernh mkn juga nasi kerabu kt sini
BalasPadamHahahahah macam memanggil ya kak 😅😄.
BalasPadamRinduuu lah makan nasi kerabu dengan ayam percik. Trakhir saya makan saat di Colmar tropical, ada yg jual. Sedaap juga. Dah lama sangaat tuh. Memang cocok dengan ayam percik 🤤
Canale saya pun sukaaa. 😍. Agak susah menemukan pastry ini yg sedap. Tak banyak yg jual.
sedapnya nmpk pastri tu.. international sgt
BalasPadamboleh try ni! lagipun KBH dah byk cawangan senang nak terjah
BalasPadamFuhh semua makanan nampak sedap .. Smoked Smoked Salmon Bagel tu .. yummy !
BalasPadam