Pengalaman pertama kali menikmati canelé dari kafe Burrow, saya terus jatuh cinta. Selama ini hanya berpeluang lihat gambar dan baca ulasan mengenai keenakannya sahaja. Hujung bulan lalu, adik-adik saya yang berdua tu tiba-tiba sahaja tekak mereka tukar warganegara. Teringin sangat hendak makan pastri Perancis ini. Gigih pergi borong canelé di Burrow, BSC.
Alhamdulillah, ada juga terselit rezeki saya. Selepas makan tengah hari, sekotak canelé selamat sampai kepada saya.
9 biji canelé enak Burrow |
Burrow memang terkenal dengan canelé mereka selain beberapa jenis kek, biskut dan pemanis mulut yang lain. Canelé di Burrow ada enam perasa - The OG (Original), Cocoa-Nut, Espresso Ganache, Matcha, Maple Pecan dan Lucky Marmalade.
Andai ditanya pendapat saya, kesemua enam perasa sedap! Sekiranya kalian penggemar kopi seperti saya, wajib rasa Espresso Ganache terlebih dahulu. Ini yang paling saya suka. Pilihan kedua pula ialah Maple Pecan. Nah, saya belanja gambar close-up!
My Espresso Ganache Canelé |
Tekstur luaran yang rangup, melekit dan sedikit berkerak dengan rasa manis-manis pahit (kerana gula yang caramelized) dilawan pula dengan bahagian dalamnya yang lembut, berongga dan dipenuhi krim kastard mewah. Memang tidak akan cukup sebiji!
Canelé sedap dimakan pada hari ia dibakar supaya kita dapat nikmati kontra antara tektur kulit luar yang garing dengan tekstur dalam yang cakey. Tetapi, ada juga sesetengah orang yang suka simpan canelé semalaman. Biar rasa keseluruhan canelé lebih sebati dan kulit luarnya turut sama jadi lembut. Terserah selera masing-masing.
Pada hari canelé sampai ke tangan saya, saya dan Bott makan 3 biji berlainan perisa fresh from the oven. Selebihnya, kami simpan buat hidangan fika atau minum petang hari lain.
Keluarkan dari peti dingin beku, biarkan pada suhu bilik selama 10 - 15 minit. Sedia untuk dinikmati. Dengan cara ini, tekstur luarnya masih kekal rangup berkerak tetapi canelé agak sejuk. Sebaliknya, jika ingin canelé yang panas dan lembut, panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau air fryer selama 10 minit.
Semalam baru habis canelé yang terakhir. Alhamdulillah, puas makan.
Hendak buat canelé ni bukan mudah tau. Dari penyediaan bahan-bahan (perlu diadun dan dibiarkan semalaman sebelum dibakar) sehinggalah ke penggunaan acuan khas yang diperbuat daripada tembaga, tidak hairanlah harganya agak mahal.
Bagi yang teringin untuk menikmati pastri manis yang lazat ini, bolehlah dapatkan di Burrow. Servis penghantaran makanan kan ada. Andai jauh atau di luar kawasan, cuba cari di bakery atau kafe berhampiran kalian. Saya perasan sekarang ini pun sudah banyak pembuat kek yang mula menjadikan canelé sebagai salah satu produk istimewa mereka.
belum pernah lagi makan Canele. zaman kerja dulu selalu ke BSC, tapi tak pernah terlintas nak singgah Burrow. Tunggulah work from office nanti. Thanks rekemen
BalasPadamNanti ada peluang cubalah Sal. Boleh treat diri untuk minum petang atau hang out dengan kawan-kawan opis.
Padamkak farah punya ayt dh buat sy telan liur! camne ni.. haha
BalasPadamfirst time dgr psl canele ni.. xprnh tau wujudnya dessert camni.. hee
Dulu kan sibuk-sibuk macaroon...haa sekarang musim canele pula hehehe
PadamFirst time dengar nama menu ni kak. Tengok rupa dia mengancam anak tekak betul. lagilah diekspresi dengan tulisan. Telan air liur dibuatnya. pastri macam ni macam agak renyah. Lebih baiklah beli. Hihi
BalasPadamBetul, Fiza. Pastri-pastri begini memang jenuh nak membuatnya. Banyak proses, banyak bahan...baiklah kita beli je. One day kalau ada rezeki you should try. Kalau tanya akak antara macaroon dengan canele, akak lebih suka canele :)
PadamTengok isi dalamnya tergoda sungguh.
BalasPadamMemang seksi menggoda si canele ni, PC :)
PadamOmomo.... alamaakkk kena cuba nanti ni...
BalasPadamBahaya btul la tetiba mask sini nampak food sedap2 haha
Ni kena cuba, Kak Ret. Best!
PadamIni dessert ke kak? Tak pernah pula dengar.
BalasPadamHaah, Ain. Kalau macaroon pastri dari Itali, canele pula dari Perancis :)
PadamTak pernah dengar dan tahu pun makanan ni. Tengok tekstur macam sedap..
BalasPadamMemang sedap Naniey. Sekali-sekala bolehlah manjakan tunas rasa :)
Padamdessert ni nampak sedap dan menarik , manis sangat tak ?
BalasPadamPencuci mulut Perancis memang renyah buat.
BalasPadamMemang sangat sedap nampak tu..patut teringat ingat kan..tak apa beli lagi ya dek
BalasPadamwow semua 6 perisa sedapp.. memang berbaloi baloi la beli semuaa
BalasPadamFirst time dengar canele burrow ni, nampakk sedap, terliur pulak kita ni haa kak farrah hehehehe. Memang sah sah dekat terengganu ni takdooo >.<
BalasPadamaduhai tgk memalam ni bahaya kak farrah ooii hahaaa
BalasPadamFirst time dengan Canele ni. Dan first juga lah kiranya nampak. Nampak menarik
BalasPadamLamanya akak tak singgah sini...
BalasPadamtak pernah try. tapi nampak macam sedap je..
BalasPadamboleh la kami try lepas ni
wowww mcm dessert org kayangan hehehe
BalasPadam