Isnin, September 13, 2021

Canelé Burrow Sedap Sampai Teringat-ingat

Pengalaman pertama kali menikmati canelé dari kafe Burrow, saya terus jatuh cinta. Selama ini hanya berpeluang lihat gambar dan baca ulasan mengenai keenakannya sahaja. Hujung bulan lalu, adik-adik saya yang berdua tu tiba-tiba sahaja tekak mereka tukar warganegara. Teringin sangat hendak makan pastri Perancis ini. Gigih pergi borong canelé di Burrow, BSC. 

Alhamdulillah, ada juga terselit rezeki saya. Selepas makan tengah hari, sekotak canelé selamat sampai kepada saya.

9 biji canelé enak Burrow

Burrow memang terkenal dengan canelé mereka selain beberapa jenis kek, biskut dan pemanis mulut yang lain. Canelé di Burrow ada enam perasa - The OG (Original), Cocoa-Nut, Espresso Ganache, Matcha, Maple Pecan dan Lucky Marmalade.

Andai ditanya pendapat saya, kesemua enam perasa sedap! Sekiranya kalian penggemar kopi seperti saya, wajib rasa Espresso Ganache terlebih dahulu. Ini yang paling saya suka. Pilihan kedua pula ialah Maple Pecan. Nah, saya belanja gambar close-up!

My Espresso Ganache Canelé

Tekstur luaran yang rangup, melekit dan sedikit berkerak dengan rasa manis-manis pahit (kerana gula yang caramelized) dilawan pula dengan bahagian dalamnya yang lembut, berongga dan dipenuhi krim kastard mewah. Memang tidak akan cukup sebiji!

Canelé sedap dimakan pada hari ia dibakar supaya kita dapat nikmati kontra antara tektur kulit luar yang garing dengan tekstur dalam yang cakey. Tetapi, ada juga sesetengah orang yang suka simpan canelé semalaman. Biar rasa keseluruhan canelé lebih sebati dan kulit luarnya turut sama jadi lembut. Terserah selera masing-masing. 

Pada hari canelé sampai ke tangan saya, saya dan Bott makan 3 biji berlainan perisa fresh from the oven. Selebihnya, kami simpan buat hidangan fika atau minum petang hari lain. 

Keluarkan dari peti dingin beku, biarkan pada suhu bilik selama 10 - 15 minit. Sedia untuk dinikmati. Dengan cara ini, tekstur luarnya masih kekal rangup berkerak tetapi canelé agak sejuk. Sebaliknya, jika ingin canelé yang panas dan lembut, panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau air fryer selama 10 minit. 

Semalam baru habis canelé yang terakhir. Alhamdulillah, puas makan. 


Hendak buat canelé ni bukan mudah tau. Dari penyediaan bahan-bahan (perlu diadun dan dibiarkan semalaman sebelum dibakar) sehinggalah ke penggunaan acuan khas yang diperbuat daripada tembaga, tidak hairanlah harganya agak mahal. 

Bagi yang teringin untuk menikmati pastri manis yang lazat ini, bolehlah dapatkan di Burrow. Servis penghantaran makanan kan ada. Andai jauh atau di luar kawasan, cuba cari di bakery atau kafe berhampiran kalian. Saya perasan sekarang ini pun sudah banyak pembuat kek yang mula menjadikan canelé sebagai salah satu produk istimewa mereka.


24 ulasan:

  1. belum pernah lagi makan Canele. zaman kerja dulu selalu ke BSC, tapi tak pernah terlintas nak singgah Burrow. Tunggulah work from office nanti. Thanks rekemen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada peluang cubalah Sal. Boleh treat diri untuk minum petang atau hang out dengan kawan-kawan opis.

      Padam
  2. kak farah punya ayt dh buat sy telan liur! camne ni.. haha
    first time dgr psl canele ni.. xprnh tau wujudnya dessert camni.. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kan sibuk-sibuk macaroon...haa sekarang musim canele pula hehehe

      Padam
  3. First time dengar nama menu ni kak. Tengok rupa dia mengancam anak tekak betul. lagilah diekspresi dengan tulisan. Telan air liur dibuatnya. pastri macam ni macam agak renyah. Lebih baiklah beli. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fiza. Pastri-pastri begini memang jenuh nak membuatnya. Banyak proses, banyak bahan...baiklah kita beli je. One day kalau ada rezeki you should try. Kalau tanya akak antara macaroon dengan canele, akak lebih suka canele :)

      Padam
  4. Tengok isi dalamnya tergoda sungguh.

    BalasPadam
  5. Omomo.... alamaakkk kena cuba nanti ni...
    Bahaya btul la tetiba mask sini nampak food sedap2 haha

    BalasPadam
  6. Ini dessert ke kak? Tak pernah pula dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, Ain. Kalau macaroon pastri dari Itali, canele pula dari Perancis :)

      Padam
  7. Tak pernah dengar dan tahu pun makanan ni. Tengok tekstur macam sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Naniey. Sekali-sekala bolehlah manjakan tunas rasa :)

      Padam
  8. dessert ni nampak sedap dan menarik , manis sangat tak ?

    BalasPadam
  9. Pencuci mulut Perancis memang renyah buat.

    BalasPadam
  10. Memang sangat sedap nampak tu..patut teringat ingat kan..tak apa beli lagi ya dek

    BalasPadam
  11. wow semua 6 perisa sedapp.. memang berbaloi baloi la beli semuaa

    BalasPadam
  12. First time dengar canele burrow ni, nampakk sedap, terliur pulak kita ni haa kak farrah hehehehe. Memang sah sah dekat terengganu ni takdooo >.<

    BalasPadam
  13. aduhai tgk memalam ni bahaya kak farrah ooii hahaaa

    BalasPadam
  14. First time dengan Canele ni. Dan first juga lah kiranya nampak. Nampak menarik

    BalasPadam
  15. tak pernah try. tapi nampak macam sedap je..
    boleh la kami try lepas ni

    BalasPadam
  16. wowww mcm dessert org kayangan hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.