Sebelum ini, saya ada pencetak mini (thermal label printer) jenama Niimbot. To be specific, Niimbot B21. Berkenan betul dengan rekaannya.
Selain digunakan untuk buat label, saya turut guna untuk cetak quotes, sticker atau gambar yang akan saya gunakan pada jurnal atau scrapbook. Pencetaknya kecil, mudah dibawa, jenis thermal… tidak perlu pening kepala hendak fikir tentang dakwat printer.
Apabila ada gambar atau benda-benda kecil yang ingin saya cetak dalam versi hitam putih, terus print dari telefon. Mudah sangat!
Niimbot B21 saya |
Malangnya, Niimbot saya rosak. Tak boleh ON! Entah apa salahnya. Padahal tak pernah jatuh atau terhentak. Lama juga saya bertahan, cuba godek-godek, charge bateri, reset factory settings… macam-macam tutorial saya tonton dan cuba dengan harapan Niimbot saya bernyawa semula. Hampa!
Jadi, saya putuskan untuk beli mini thermal printer yang baharu. Merajuk dengan Niimbot (beli ratus-ratus pun jahanam gak), kali ni nak beli yang murah-murah sahaja.
Kebetulan, ada satu hari tu, ada offer di TikTok. Satu unit printer, 9 gulung kertas dan sticker untuk cetak + magic pens (free gift) - RM50. Itu harga paling murah yang saya jumpa. Masalahnya dah masuk cart, saya leka buat benda lain, lupa pula nak check out!
Esoknya, apabila dah teringat, harga masih harga diskaun, tetapi dah jadi RM62.00.
Saya cuba nasib di Shopee, cari thermal printer di Shopee Choice dan berjaya beli semua item di bawah ini:
Portable Mini Printer |
- 1 portable mini printer + 1 gulung kertas label sedia ada di dalamnya.
- 1 set 9 gulung kertas printer - 3 sticker, 3 kertas label putih dan 3 kertas label berwarna
- 1 set 7 gulung sticker berwarna
Item-item ini dijual secara berasingan. Kebetulan, Shopee Choice tengah buat live. Apa yang best tentang sesi live Shopee Choice ini, kita boleh add/request barang yang kita mahu untuk dimasukkan ke dalam beg kuning live. Dengan itu, nanti apabila hendak check out, bolehlah dimanfaatkan baucar Shopee Live yang ada.
Dipendekkan cerita, total semua setelah guna baucar Shopee Live RM38.84. Score! Alhamdulillah. Berbaloi-baloi!
Printing… 😊 |
Saya masih lagi dalam fasa explore features yang ada. Setakat ini, memang okey sangat walaupun ada sesetengah tetapan tu agak terhad berbanding Niimbot. Nanti, ada kesempatan saya akan update lanjut mengenainya.
Menarik.. kalau anak dara sy tau ni hmm
BalasPadamYes, anak-anak mesti suka sebab boleh print macam2. App yang link pada printer ni pun senang nak guna.
Padamcomeinya...murah pun murah yer. berbaloi2
BalasPadamMemang berbaloi-baloi, Ayu. Puas hatilah dapat ganti Niimbot tu 😂
Padammahal juga ya niimbot ni
BalasPadamsaya ingatkan dalam puluh2 je
Yang saya punya ni B21, memang seratus lebih. Boleh print label macam2 saiz. Banyak pilihan label sticker tetapi stickernya kena beli asinglah.
PadamAda Niimbot siri lain utk buat label kecil… halus je… that one cheaper.
ooo sebab tu mahal ya
Padamso smpi hari ni tak tahu lg apa punca rosaknya?
ada org boleh baiki ke niimbot ni kalau hntr kt tmpt mcm.low yatt tu?
Wahh best ni, suka sangat sticker2 ni walau anak dah besar. Niimbot saya yang paling basic, size 14mm Alhamdulillah masih elok. Tapi portable mini printer ni memang lagi awesome lah.
BalasPadamMenarik laah . Tak pernah pakai mini printer seperti ini. Mungkin berguna juga utk buat beberapa tugas anak2 😄. Nanti nak cari lah
BalasPadamComel mini printer
BalasPadamNi kalau Dania tau ni...dia merengek suruh belikan ni...benda2 cute dia suka
BalasPadam