Terperap 2.0. Terima Kasih, Anies

Selasa, Ogos 18, 2015

Ingatkan insiden 'Terperap' (seperti dalam entri ini) tak akan berulang. Rupanya ada version 2.0. Sel-sel tua semakin menunjukkan penguasaan dominan dalam diri kihkihkih. Saya blogwalking ke blog Nina minggu lepas, baru perasan yang saya belum tulis entri penghargaan buat Khai♥Rin: anies.

Dah lama terima kiriman ini. Tak silap saya satu trip dengan Kad Hari Raya Nana Liena dan CT Humairah. Maaf banyak-banyak ye, Anies. Tidak sengaja! Tiap-tiap hari tengok Bloggers' Board, entah kenapa dalam kepala fikir yang dah tulis thank you entry.


Hadiah daripada Anies
Saya terima sampul raya Ana Muslim dan fridge magnet Egypt. Teringat saya masa mula-mula terjah blog Anies, entri-entri Egypt, dengan gambar yang super stunning betul-betul menarik perhatian saya. Alhamdulillah, merasa dapat ole-ole dari sana.

Anis di Bloggers' Board





Istimewa buat Anies,
Terima kasih banyak-banyak atas titipan ini. Amat-amat menghargainya.
Moga Anies sentiasa sihat, diberi kelapangan dalam menjalankan setiap urusan harian dan dikurniakan rezeki yang berlipat ganda.


Siapa yang belum mengenali Anies, silalah berkunjung ke blog aniesandyou dengan segera. Selain kisah-kisah travelnya, Anies banyak berkongsi fakta-fakta menarik, review filem dan yang penting, Anies ni sekapal dengan Sal. Hahahah. Pergi blog Anies untuk find out apa yang saya maksudkan :)




41 ulasan

  1. comel sangat sampul raya pink ana muslim tu..wah, dapat hadiah dari jauh tu kak..egypt..bila la nak sampai sana ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang comel kan. Sayang pula akak nak pakai. Tak pe, Wana. Simpan impian dulu, nanti satu hari boleh sampai ke sana :)

      Padam
  2. seronok tengok board kak farrah tu..dah hampir penuh.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah, Wana! Setiap hari ditemani rakan2 blogger :)

      Padam
  3. patutlah tersedak saya tadi.namaku disebut-sebut, mencelah kat entry untuk orang lain. ;)

    tapi kapal kitorang selalu tenggelam dibadai ombak..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau kapal korang selalu tenggelam, korang tetap survivors! :)

      Padam
  4. InshaaAllah nanti nak terjah... p/s: best akak blhlah tambah koleksi tu... :D

    BalasPadam
  5. Untungnya kak farah.. Egypt tgk dlm gambr je, real egypt ble ntah blh sampai..heheh

    BalasPadam
  6. Egypt tuh.. bestnya dapat hadiah tu.. memang menarik..

    BalasPadam
  7. Comelnya sampul raya anies... slient reader jah blog anies tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aikkk,.Dah tukar profesion jadi silent reader ke? Hihihih

      Padam
    2. Ha ah nk tukar slient reader la lps ni hihihi boleh tak...

      Padam
  8. sama2... segan sy hahahaha... alhamdulillah smpi jua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih byk2 ye, Anies. Terharu tau! Syok2 baca citer egypt, tup tup dapat FM egypt :)

      Padam
  9. bestnyerrrr...comel jer fridge magnet nyer....eh....ternampakan nama sy di board tuhh hehehehe

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, Cikna pun dpt jgk... Nk g Egypt ntah bila spt merasa ole2 pun OK la.....;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Cikna. Dapat rasa angin2 Egypt jadilah :)

      Padam
  11. aida masih ada entry terperap pasal gift from frens blogger :)
    x sempat up lagi. hadoi!

    BalasPadam
  12. Penuh dah blogger's board tu...

    macam kena bukak yang baru je ni.. heeee

    BalasPadam
  13. tahniah kak Farrah. bestnya dapat macam-macam cenderamata hehehe

    BalasPadam
  14. comellnye...
    aishhh asyik tgk board kak farrah je..
    bile la bilik ayu ade board mcm ni jugak ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.