Apa Itu Junk Journal | Bahagian 1

Jumaat, Oktober 16, 2020

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat. Harap kalian semua sihat-sihat sahaja hari ini. 

Pernah dengar tentang junk journal? Bagi yang biasa tulis jurnal atau planner, rasa-rasanya berminat tak hendak cuba buat dan guna junk journal?

Sebelum itu, biar saya jelaskan apa itu junk journal terlebih dahulu. Jika dilihat di luar sana, ada pelbagai jenis jurnal yang boleh kita pilih ikut kesesuaian cara kita. Baik dari segi format mahupun fungsi jurnal itu sendiri. Misalnya kita ada, bullet journal (semua catatan kita dalam bentuk senarai), travel journal, workout and weight loss journal ... macam-macam termasuklah junk journal.

Junk journal seperti namanya, self-explanatory. Diperbuat daripada material lama dan terpakai yang ada di sekeliling kita misalnya buku akaun lama, music sheet, tiket, resit, fabrik, kertas dan buku lama. Senang cerita 'all the junks'. Apabila bahan-bahan ini dikompilasikan menjadi satu buku, kita hias pula, maka jadi cantiklah dan ada efek rustic + vintage gitu. Sekarang ini pun, disebabkan permintaan tinggi terhadap material untuk junk journal, banyak dah paper pads, reben, washi tapes dan hiasan-hiasan lain yang sesuai digunakan dalam junk journal.

Saya mula terjebak dengan junk journal apabila saya sibuk menyaring kertas-kertas terpakai yang ada dalam simpanan saya. Ingat lagi tak saya dengan misi selamatkan dan guna semula kertas terpakai? Boleh baca entrinya di sini - Cabaran Upcycle 1, Cabaran Upcycle 2.

Tiada saiz yang spesifik untuk junk journal. Boleh buat ikut kehendak kita. Halaman-halaman di dalamnya pun tidak perlu sama saiz. Ni kira jurnal versi rugged. Di atas itu salah satu contoh junk journal yang saya buat. Yang ini saya ikut saiz insert Traveler's Notebook (TN)

Senang nak selit bersama inserts lain dalam TN. OK, jom tengok sebahagian daripada pagesnya pula. Selalunya, saya buat saiz ini juga untuk tempahan pelanggan di Carousell.


Guna doily.

Peta dan foolscap paper

Ini pula pakai lembaran kertas muzik buku piano saya masa kecil, novel lama (dapat yang kuning-kuning tu lagi bertambahlah elemen junknya hehehe) dan baking paper yang dikeronyok ;)

Colouring page (yang warna hitam putih sebelah kiri), kertas lebihan salah satu projek kraf saya dan kertas berpetak kecil yang saya selalu guna untuk berlatih kaligrafi.

Nampak tak kepelbagaiannya? Ini jurnal 'togel' yang belum dihias tau. Masih dara hehehe. Jika ingin lihat contoh-contoh junk journal yang sudah dihias atau ditulis, rajin-rajinkan tangan kalian untuk cari di Pinterest. Then, maklumkan saya sama ada junk journal ini sesuai dengan cara kalian ataupun tidak.


Entri Bahagian 2 di sini.

17 ulasan

  1. Oo ada macam-macam jenis jurnal.
    Banyak perkara baru saya belajar daripada blog ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam-macam, NA. Pilihlah ikut kita serasi nak guna stail yang macam mana 😊

      Padam
  2. apa nama carousell akk..nk tgkk..nnti komen kt blog saya ya

    BalasPadam
  3. menarik! daripada buang kertas x pakai tu baik buat mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu motifnya. Kita guna semula, upgrade jadi sesuatu yang lebih berguna.

      Padam
  4. Baru tahu kewujudan junk journal dan namanya. menarik juga ada paper berlainan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik, kan? Akak masa mula-mula dulu macam hesiatet jugak nak try journal ni tau. Nampak serabut konon-kononnya. Tetapi, tiba-tiba terberkenan pulak ;)

      Padam
  5. Oooo... baru tahu tentang junk journal. Menarik pulak!

    BalasPadam
  6. Suka jugak junk journal. Cuma tak rajin nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheehh tak mengapa. Mana tahu suatu hari waktu tengah-tengah mengemas tu kerajinan sampai .... :)

      Padam
  7. kenapa cantik sangat ni?
    tapi I is malas nak buat.
    tengok orang lain buat rasa nak buat juga, semoga kerajinan datang menjelma.

    BalasPadam
  8. Inspired! :) I love it. Seronok tengok orang yang pandai recycle apa ada. Haih. So i is so jeles.

    BalasPadam
  9. menarik..nmpk vintage tu yg mahal..

    BalasPadam
  10. Wahh ada banyak jenis journal ya.. nice juga yang ini

    BalasPadam
  11. Seriouslly cantik.. Kalau jadikan hadiah pun nice nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.