Isnin, Oktober 26, 2020

Apa Itu Junk Journal | Bahagian 2

Ini merupakan entri sambungan kepada 'Apa Itu Junk Journal (Bahagian 1)'. Dalam entri terdahulu, saya sudah ceritakan sedikit sebanyak tentang junk journal dan bagaimana hendak kumpul material bagi menghasilkan junk journal.

Dalam bahagian ke-2 ini, saya ingin kongsi beberapa halaman junk journal lagi dan hiasan setiap halaman secara ringkas. 

Kebiasaannya, apabila saya buat junk journal from scratch, saya tidak akan terus hias setiap muka surat bahagian dalamnya. Jika ada pun, hias sikit-sikit sahaja untuk bagi junk journal tu nampak seakan miliki tema tersendiri. Selebihnya, saya akan lakukan ketika saya hendak menulis nanti. Masa tu, baru feel untuk hias betul-betul.


Gambar pertama - Page dari kamus lama itu saya tidak sentuh. Kelak, bahagian tersebut bolehlah digunakan untuk tampal gambar atau coretan. Tidak sesuai tulis secara terus di atas permukaan halaman sebab akan nampak semak. Bahagian kanan pula, kertas kosong. Banyak sedikit ruangan menulis. Saya guna clear stamp tulisan sambung pada bahagian bawah sebelah kanan. Bagi efek ala-ala surat cinta lama. Klip kertas itu pula kira macam page markers untuk tanda muka surat.

Halaman seterusnya, sebelah kiri coffee dyed paper atau bahasa mudahnya kertas kopi. Tutorial bagaimana hendak buat kertas kopi ini boleh lihat di sini. Sebelah kanan saya guna salah satu kertas berwarna biru kelabu, lebihan projek kraf saya yang terdahulu. Untuk page ini, saya hias guna washi tape sahaja. Ada bunga sekuntum, nampaklah berseri sedikit.

Kertas minyak dan cofee dyed paper. Inilah yang saya maksudkan sebelum ini - junk journal tidak semestinya mempunyai saiz muka surat dan ketebalan kertas yang seragam. Kertas kopi di atas sengaja saya lipat sedikit ke dalam. Jika saya nak jadikan poket, hanya perlu gam dua sisinya. Tidak pun saya jadikan muka surat yang boleh diselak dan dibuka. Kelebihan halaman sebegini, lebih banyak ruang untuk menulis.

Sekadar dihias dengan washi tape bunga-bungaan.

Lagi contoh hiasan junk journal. Penanda buku, potongan sajak atau kata-kata menarik dari buku lama dan cetakan stamp tanda pos. Penanda buku bunga di atas tidak silap saya dibeli di Mr. DIY. Produk scrapbooking bawah range Rosie's Studio.


Ini salah satu contoh halaman junk journal saya. Halamannya menggunakan colouring page. Untuk dapatkan efek kontra, saya tidak menulis terus di atas colouring page tersebut. Sebaliknya, tulis di atas kertas coklat kemudian barulah ditampal. Saya tambah sedikit coffee stain dengan menggunakan clear stamp dan buat handlettering untuk tajuk. 



Halaman ini saya buat untu memenuhi tugasan journal challenge yang pernah saya sertai. Tema untuk hari itu ialah sebarang quotes atau lirik yang kita rasa sangat menyentuh hati ... something like that lah. Saya pilih '5 Aksara' lagu nyanyian Ezad Lazim dan Zamani Slam. Memang suka sangat lagu ini terutama sekali bahagian korusnya.

OK, harap kalian sudah jelas tentang apa itu junk journal. Bagi yang baru berjinak-jinak hendak hias jurnal terutama sekali junk journal, boleh pergi dapatkan inspirasi di Pinterest. Lubuk idea tu! Jemput juga intai hiasan junk journal yang saya buat di entri ini.

26 ulasan:

  1. Sesuai sangat buat jurnal travel. Tampal ticket stub etc.

    BalasPadam
  2. rajin dan amek byk masa nk sediakan journal camni walopon 'junk'., huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye wak. Junk ini junk yang diangkat darjat 😊

      Padam
  3. Menariknya junk Journal akak.. Kreatif.. Nak menulis luahan hati pun best ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai sangat, Sha. Dah puas tulis luahan hati, tulis quotes yang best-best pun OK gak

      Padam
  4. Memang perlukan ketelitian dan kesungguhan buat junk jurnal.

    BalasPadam
  5. Perlukan kekreatifan nak buat ni.. hehe.. nice juga buat junk journal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, lari sedikit dari kebiasaan. Tetapi ada yang tidak kena dengan style ini.

      Padam
  6. Agaknya kalau buat buku skrap boleh guna style junk journal ni kan. Cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat, kak. Kalau kena gayanya memang lagi cantik 😊

      Padam
  7. Sis kita ni kreatif dan sangat rajin. Hasil sangat berseni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Zumal. Bolehlah buat-buat isi masa lapang.

      Padam
  8. cantik dan vintage... kena rajin niii hehe

    BalasPadam
  9. Menu cafe pun cantik pakai design ni.

    BalasPadam
  10. Cantik junk journal kak Farrah.Suka suka suka! Ada masa lebih memang seronok create benda macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Fiza. Nanti kalau kena dengan style Fiza boleh buat juga tau. Buat tulis dan simpan resepi-resepi Fiza kongsi di blog pun OK juga 😊

      Padam
  11. sesuai junk jurnal... yg mana rajin travel lg sesuai

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.