Selasa, September 08, 2020

Hiasan untuk Jurnal, Planner, Kad dan Scrapbook

Siapa planner addict di sini? Atau ada antara kalian yang suka tulis dan hias jurnal? Jika ada, kita geng! Kadang-kadang tu, tak ada apa sangat pun nak ditulis dalam jurnal, tetapi saya sengaja biasakan diri untuk menulis. Coret apa sahaja sebab menulis ni sebenarnya antara aktiviti yang baik untuk otak kita.

Dah alang-alang tulis jurnal, saya suka hias sekali page saya. Dahulu rajin juga upload spread jurnal saya dan kongsi di Instagram. Sekarang malas dah ... sebab malas ambil gambar.😁

Untuk hias lembaran jurnal dan planner saya, macam-macam yang saya guna. Washi tapes, pelekat, gambar-gambar dan juga hiasan yang saya buat sendiri. Saya suka buat embellishments mengikut tema. Jadi, setiap page yang saya hendak hias akan ada tema dan layout tersendiri.

Di bawah ini ada beberapa set hiasan jurnal yang saya buat. Selain daripada digunakan untuk hias jurnal atau planner, hiasan-hiasan ini turut sesuai digunakan untuk hias scrapbook atau kad ucapan.


#1 - The Best Day Ever

Untuk yang ini, saya buat dua set. Tak sempat pakai sebab tak minat buat tema travel/explore. Makanya, dua-dua saya dah jual di Carousell. 

#2 - Junk Journal Embellishments

Sekarang, saya memang cenderung ke arah junk journal. Jika kalian tiada idea apa itu junk journal, google je dan kalian akan jumpa pelbagai imej yang berkaitan. Secara peribadi, saya suka konsep junk journal itu sendiri yang menggunakan barang-barang lama ditambah pula dengan cirinya yang ala-ala rustic dan vintage.


#3 - US

Ini set yang saya buat untuk jualan di Carousell. Kebanyakan hiasan saya buat menggunakan lebihan kertas-kertas saya untuk projek terdahulu. Sesuai untuk scrap page, buat wedding card ke .... untuk tepek dalam jurnal pun OK. 


#4 - Kopi


Set yang paling saya suka. KOPIIIIII! Ini memang confirm saya guna dalam jurnal. Kalau tulis jurnal dengan layout yang bertemakan kopi, rasa celik mata. Terbau-bau aroma kopinya. Over, kan? Saya kalau apa-apa berkaitan kopi memang cepat hilang kewarasan sedikit hahahah. Sampaikan pasir kucing untuk Yuri pun saya teruja beli yang bau kopi! That one was a big mistake! Boleh baca di sini

Keempat-empat set di atas semua dari tona coklat. Saya hasilkan set-set ini dalam tempoh masa yang lebih kurang sama dan ketika itu memang ada banyak lebihan kertas coklat dan hitam. Lepas ni nak buat hiasan dengan warna-warna yang lebih ceria pula.


Bagi yang suka decorate jurnal atau planner, kalian suka hias ikut tema tertentu atau tidak?


11 ulasan:

  1. Rajin Farrah buat dan hias.
    Wah ada pasir kucing bau kopi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ada yang bau kopi. Tapi sangatlah tak sesuai dengan kucing saya. Kuciwa! Kuciwa! ;)

      Padam
  2. suka baca blog sis sebab sis kreatif..suka tengok sis buat set utk journal ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, AD. Jomlah buat sama-sama. Akak tau AD bukan calang-calang kreatif orangnya :)

      Padam
  3. comelnya! I love coffee theme too. Dulu beli clay cat bau kopi jugak tapi not bad lah, wangi compared to green tea ugghhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh, ada green tea jugak?! Nampak tak teruja sebab bau green tea sedap! Tapi, bimbang pulak nanti jadi kes macam cat litter kopi huhuhu

      Padam
  4. kenapa sy bau kopi kt sini? hehehehe amboiiii cantik2 belaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau kopi? Bagus bagus! Jangan bau benda lain pulak! :)

      Padam
  5. Saya suka planner,tapi ibu kata tak yh beli membazir...HAHA..apa yg membazirnya,saya nak planning kot last2 saya conteng je dekat buku kosong, jadilah tu hehe XD

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.