Rabu, Oktober 21, 2020

Buat Coffee Dyed Paper untuk Jurnal

Assalamu'alaikum. Hari ini entri kraf. Saya ingin kongsi cara saya buat coffee dyed paper. Dalam bahasa mudahnya kertas celup kopi hahahah. Kertas ini saya gunakan untuk buat junk journal. Tekstur  kertas yang dah berkedut sana sini dengan kesan kopi yang tidak seragam bersesuaian sangat dengan konsep junk journal.

Ingin tahu apa itu junk journal, boleh baca di sini.

Inilah antara kertas dengan kesan kopi yang saya dah buat. Selalunya saya akan guna kertas kosong tanpa garis. Kadang-kadang, saya celup juga kertas petak atau bergaris satu. Tengok apa yang adalah.

Ini pula contoh kertas yang sudah dimasukkan ke dalam jurnal. Nampak macam kitab kuning lama, kan? Hehehe itulah yang mahal.


Ada banyak cara untuk buat kertas dengan kesan kopi ini. Bergantung pada ruang yang kalian ada, masa dan bahan-bahan. Apa yang penting ialah serbuk kopi. Serbuk kopi yang saya maksudkan di sini ialah instant coffee powder. Yang mudah larut seperti Nescafe, IndoCafe ... apa-apalah. Janganlah pula guna kopi premium untuk celup kertas kalian. Sayangggggg. 

Cara pertama
Isikan air panas (tidak perlu terlalu panas, cukup untuk larutkan kopi sahaja) di dalam bekas yang boleh muatkan kertas. Masukkan serbuk kopi secukupnya, ikut tahap kepekatan yang kalian inginkan. Setelah itu, celup kertas ke dalam bancuhan kopi, biarkan seketika. Angkat dan keringkan. Kaedah ini agak makan ruang kerana kertas-kertas perlu dikeringkan di atas permukaan yang rata.


Cara Kedua
Buat bancuhan kopi seperti dalam cara pertama. Celupkan kertas dan bakar dalam oven sehingga sehingga kertas kering. Tidak perlu tinggi sangat suhunya. Ini kena bereksperimentasi. Berapa suhu berapa lama bergantung kepada oven masing-masing. Sesudah siap dibakar, anginkan seketika kertas sebelum disimpan. 


Saya lebih gemar guna cara yang kedua. Saya tidak perlu ruang yang banyak, kertas cepat kering dan saya boleh tindan semua sekaligus. Cuma kerja kita asyik ulang-alik ke oven sahajalah. Biasanya untuk sehelai kertas saya akan bakar sekitar 3 minit. Tersengih-sengih macam orang psiko intai oven sebab masa ini seluruh dapur saya akan dipenuhi aroma kopi. Kertas kopi dapat, bau kopi pun dapat! 


23 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. cantik seninya

    BalasPadam
  2. ni dibuat khas utk sy kan? lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  3. Wah macam bakar kek cara kedua itu.
    Oh hendak buat kertas nampak lama begini rupanya.

    BalasPadam
  4. Best juga cara kedua tu cepat sikit kering.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Cara kedua lebih praktikal kalau nak jimat masa.

      Padam
  5. rustic look sangat ni.. cantik..
    semut tak mai ka kak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dak. Jangan dok pi bancuh kopi tu dengan gula 😂

      Padam
  6. Menarik lah..mesti kertas wangiii bau kopi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semerbak aromanya bila tengah dibakar. Dah kering pun masih bau kopi lagi 😊

      Padam
  7. Tak berani pula nak buat cara ke2. Takut lalai pastu terbakar. Huhu. Tapi bestla bau kopi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak buat cara kedua memang kena jadi penunggu depan oven. Jangan coba-coba nak leka atau buat kerja lain 😂

      Padam
  8. begitu cara dia ye. Boleh cuba. okay gak buat kertas rustic ni untuk props. sekali dapat pakej bau harum kopi. tq kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yes! This kertas kopi boleh jadi sebahagian drpd props utk your photography 👌

      Padam
  9. haip, wangi kopilah jurnal saya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa ngantuk, boleh cium kertas kopi 😂

      Padam
  10. Terimakasih share :) Ika ada plan nak berjournal tahun hadapan. Masih mencari bahan dan idea. Hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Haa, ini antara idea yang boleh dipertimbangkan 😊

      Padam
  11. Bau kopi tu yang mahal.. Wangi je satu rumah kan kak.. hehehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.