Bahulu Sandwich Maker

Khamis, Oktober 08, 2020

Dahulu, setiap kali pergi beli barang basah dan keperluan dapur di Tesco Kepong, saya pasti akan singgah beli bahulu depan KFC. Bahulu dekat situ best. Gebu. Harganya cuma RM4 untuk sepuluh biji. Sekarang ini, tidak silap saya dah naik harga sedikit. RM5 untuk 12. Ada dua bentuk - bahulu cermai dan bahulu ikan. Saya sanggup bersidailah tepi kiosk tu untuk tunggu trip bahulu yang baru dibakar. Syok makan panas-panas!

Sebenarnya sejak awal tahun 2020 lagi, saya berhenti sekejap makan bahulu. Konon-konon ketika itu saya on gluten free diet. Tak makan tepung. Jika lalu di hadapan kiosk bahulu, gigih toleh tempat lain, sekadar ambil bau je untuk lepas rasa teringin.

Hendak dijadikan cerita, selepas itu kita mula PKP pula. Lagilah tidak jejak langsung ke sana. Mana nak dapat bahulu! Hari demi hari keinginan pada bahulu makin menggunung. Kerja saya asyik mengomel pada Bott nak bahulu nak bahulu. Bayangkanlah, jika dahulu seminggu sekali memang akan beli bahulu. Masuk bulan Mac dan April tu dah lebih setengah tahun saya tak makan! Bagi saya dah cukup tragis dah!

Memang hendak tidak hendak kena buat sendirilah jawabnya. Nasib baiklah Bott ada mentol menyala dekat kepala dan suruh saya buat bahulu guna sandwich maker. Mujur juga sandwich maker saya di rumah masih boleh digunakan. Maka, terhasillah bahulu sandwich maker dengan jayanya.


Sedia untuk dinikmati!
 
Resepi Bahulu Sandwich Maker


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula. Jika ingin lebih manis boleh guna 1 cawan gula.
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen ros atau esen vanila

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Masukkan telur dan gula ke dalam mesin pengisar. Kisar seketika sehingga menjadi gebu. Pastikan telur yang digunakan berada pada suhu bilik ya. Jangan guna terus dari peti sejuk.
  2. Seterusnya, masukkan esen ros atau esen vanila diikuti dengan tepung dan kisar lagi sehingga adunan sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam sandwich maker. Cara penggunaan sandwich maker bergantung kepada jenama kepunyaan masing-masing. Jika perlu panaskan terlebih dahulu, panaskan. Jika kena tunggu lampu menyala atau lampu padam, ikutlah. Apa yang pasti, tunggu sehingga adunan masak.

Alhamdulillah. Lepaslah hajat ingin makan bahulu. Sekarang ini memang almost every week akan buat bahulu sandwich maker. Senang. Walaupun rasanya tidak seautentik rasa bahulu tradisional yang diorang pukul pakai whisk besar sampai gebu dan bakar guna sabut kelapa, versi ini sudah cukup buat saya gembira.

16 ulasan

  1. Balasan
    1. Semestinya! Lawan pula dgn kopi atau teh panas.

      Padam
  2. Ya Allah uniknya. Memang tidak terfikir buat dahulu guna pembakar roti. Hehe teringin punya pasal kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringin punya pasal. Memang kagumlah pada orang yang mula-mula timbul idea bakar bahulu guna sandwich maker ni. Bergeliga!

      Padam
  3. So cute very creative. Good idea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good idea kan? Orang sekarang memang kreatif. Macam-macam idea!

      Padam
  4. Favourite ni kalau nenek buat panas2 tu jugak nk makan

    BalasPadam
  5. skrg ni bentuk dan variasi bahulu dah mcm2... teringat masa kecil2 kena pukul telur itik sbb arwah ibu nak masak bahulu utk raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gula telur itik? Memang betul-betul autentik tu. Resepi sekarang orang dah jarang guna telur itik.

      Padam
  6. Sedap ni kak Farrah makan panas-panas. Sedap lain macam.

    BalasPadam
  7. Wah uniknya pakai sandwich maker! tak pernah terfikir pun!!!

    BalasPadam
  8. Lain macam idea Bott. Unik bahulu buat guna sandwich maker

    BalasPadam
  9. sedapnya bahuluuu!!! ada satu produk tu, selalu nmpk atas rak roti. ada sekali dgn kek pisang. lupa jenamanya. dia punya bahulu mmg sedap. mkn x leh benti

    BalasPadam
  10. Mesti wangi jew aromanya ketika dibakar!

    BalasPadam
  11. sedapnya mengkopi dikala waktu dingin hujan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.