Kad Birthday Tema Hitam Putih

Jumaat, Oktober 09, 2020

Assalamu’alaikum. Hai! Selamat Hari Jumaat! Hari ini entri berkenaan card making. Sekitar bulan Ogos yang lalu saya terima tempahan kad hari lahir bertemakan hitam putih. Kebetulan, bakal penerimanya seorang wanita, jadi terus saya pilih tema bunga. Klise memang klise tetapi saya hendak ambil peluang ini untuk guna background stamp yang saya baru beli ketika itu.

Inginkan kelainan, bahagian hadapan panel kad saya potong sedikit dan cantum semula dengan menggunakan plastik jernih. Kemudian, barulah diletakkan dengan sentimen 'Happy Birthday' secara melintang. Sekali pandang, nampak seolah-olah tulisan 'Happy Birthday' tu yang 'memegang' bahagian hadapan kad.

Sentimen 'Happy Birthday' saya guna rub-on sticker yang dibeli di Mr. DIY. Ingin tahu lebih lanjut tentang rub-on sticker, boleh baca mengenainya di sini

Gembira betul saya melihat cetakan yang terhasil menggunakan background stamp baharu saya. Tidak smudge. Kadang-kadang, sesetengah stamp tidak cantik dan jelas imejnya. Siap bersememeh lagi! Saya cuma menggunakan dakwat hitam biasa untuk stamping. Jelas nampak setiap garis dan titik dengan jelas. Untuk stamp yang berharga RM5.++, saya rasa dah cukup berbaloi!

Selain itu, saya juga hias bahagian depan sampul surat supaya berpadanan dengan tema kad. 


Ini pula bahagian dalamnya. Kad ini tiga panel. Di bahagian dalam dilapisi dengan kertas putih. Ada ruang yang cukup untuk menulis. Jika tidak diletakkan kertas putih, nanti sukar pula nak menulis kena pakai pen dakwat putih. Gunakan stamp yang sama untuk hiasan di sisi kad. Tulisan 'The More Candles The Bigger The Wish' itu pun menggunakan rub-on sticker.



Ingin cuba hasilkan kad ucapan sendiri untuk yang tersayang, intai tutorial buat kad di sini.

9 ulasan

  1. Wow menariknya stamp tu..macam syok je kalau beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Cuya berkenan, boleh cari di Shopee atau Lazada. Harga takkan lebih RM7. Kualiti stampnya pun boleh tahan.

      Padam
  2. Macam beli, padahal boleh buat sendiri.
    Cantik.

    BalasPadam
  3. So cantik tema hitam putih dengan corak bunga tu kak farrah :)

    BalasPadam
  4. Simple but nice. Hitam putih macam senang tapi kena lagi perah idea supaya tak nampak bosan

    BalasPadam
  5. cantikkkk👍👍👍👍 nmpk klasik gituuuu

    BalasPadam
  6. Cantiknyaaaa! Nampak kemas dan kreatif sangat :)

    BalasPadam
  7. Cantik! Ada nilai seninya yang tersendiri.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.