Rub-On Stickers untuk Kraf dan Journal

Rabu, Februari 19, 2020

Hari ini saya hendak tunjuk sebahagian daripada koleksi rub-on stickers yang saya beli di Mr. DIY. Punyalah excited semasa jumpa pek pelekat rub-on ni! Okay, sebelum tu, bagi yang kurang jelas, pelekat jenis rub-on ni bukan macam pelekat biasa yang kita peel dan tampal. Yang ini, kita kena gosok bahagian atas pelekat guna batang aiskrim atau syiling sehingga cetakan pelekat tu berpindah sepenuhnya pada permukaan kad atau kertas yang kita hias.

Di Mr. DIY ada dua pek rub-on stickers. Setiap pek mengandungi empat keping dan setiap keping ada banyak pelekat dengan sentimen (wordings and quotes yang menarik). Tengoklah gambar di bawah. Meriah kan?!


Rata-rata setiap keping rub-on sheet ini ada sekurang-kurangnya 20 pelekat yang berbeza. Macam-macam saiz, rekaan dan jenis font. Cantik-cantik pula tu! Rambang mata saya dibuatnya! Beratur-atur projek kraf yang terbayang dalam kepala yang boleh dibuat menggunakan pelekat-pelekat ini semua.

Sesuai untuk pelbagai tujuan - hari lahir, ucap tahniah, ucap terima kasih or simply say hello. Bayangkan, saya tak perlu susah-susah cetak sentimen untuk buat kad. Pilih sahaja mana yang sesuai. Easy-peasy!


With sympathy, tahniah, congratulations on your wedding...semua adalah. Sebelah kanan tu pula banyak inspiring and motivational quotes. Yang ini sesuai sangat buat planner addicts atau kaki journal guna untuk hias journal, planner dan diari. 

Apa yang paling best ialah harganya! Satu pek cuma RM7.90 eh...kalau salah pun RM8. Yang saya ingat, satu sheet jatuh RM2. Berbaloi-baloi kan?

OK, di bawah ini pula antara kad tahniah untuk pengantin yang saya buat menggunakan pelekat rub-on.






Mudah sangat-sangat! Jadi, kalau suka pek pelekat rub-on ni, jangan lupa cari di Mr. DIY ye. 

13 ulasan

  1. kreatif dan minat tu penting kann.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah minat, Wak...benda susah pun kita rasa senang.

      Padam
  2. wahhh senang ade sticker camni..
    blh beli jgk ni.. utk hias dlm planner.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best sticker macam ni utk hias planner, Ezi.

      Padam
  3. Tak payah tulis. Tampal je stickers.

    BalasPadam
  4. Wargh.. cantiknya.. suka sticker macam nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik. Kadang-kadang jadi rambang mata nak guna mana satu :)

      Padam
  5. Mr DIY tu sebenarnya blh dikira lubuk benda2 comel craft ni..
    ct slalu bli stickers jela kasi kat kaanak2 dalam kelas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau masuk Mr. DIY memang macam kena rasuk sikit hahaha

      Padam
  6. Wah ada eh kat Diy? Macam menarikk...Saya perasan banyak sticker,tapi tk prasan ad yg jenis wording mcm ni...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.