Baru-baru ini, semasa mengemas peti dingin beku, saya jumpa roti. Di rumah ini, mood makan roti ada pasang surutnya. Kalau time suka makan roti rasa macam baru je beli tetapi tahu-tahu dah habis. Bila time tak hendak, elok je roti tu tersadai atas meja sampai tarikh luput.
Untuk atasi masalah ini, memang selalu saya akan masukkan roti ke dalam freezer tanpa fikir panjang. Sekurang-kurangnya tidak membazir. Rasa nak makan roti, boleh bakar balik dalam oven atau toaster. Tidak pun, kita gunalah untuk buat puding roti :)
Inilah puding roti mini saya. Kenapa cenonet-cenonet? Alkisahnya, saya sudah lama tidak baking. Kebetulan awal tahun dahulu saya banyak jual barang-barang saya yang saya rasa saya tak akan guna termasuklah beberapa peralatan membakar kek dan kuih. Habis semua loyang kek saya kecil dan besar saya jual. Dalam fikiran tak terfikir langsung pun nak simpan barang sebiji dua.
Alih-alih apabila hendak membakar puding, barulah perasan yang loyang empat segi saya tiada. Mulalah muka terkulat-kulat. Mujur ada loyang mufin 20 lubang dan cawan kertasnya sekali. Jika tidak, jenuh pula nak melengser setiap lubang mufin tu. Makanya, jadilah puding roti mini!
- 6 - 8 keping roti (carik-carik atau potong kepada empat segi kecil). Bab roti ini sebenarnya bergantung pada keadaan. Maklumlah, ada roti yang potongannya besar dan tebal. Ada pula yang nipis. Jadi, bilangan ini sekadar anggaran. Boleh ditambah bilangann roti jika adunan akhirnya kelihatan terlalu berair.
- 2 cawan susu segar/penuh krim untuk rasa yang lebih lemak. Saya sekadar guna susu rendah lemak. Ingin guna susu cair atau susu tepung (yang dibancuh dengan 2 cawan air) pun boleh.
- 3 biji telur. Jika gunakan telur gred A, dua biji sudah mencukupi.
- 2 sudu besar gula. Saya memang guna sedikit gula sebab tak nak manis sangat. Lagipun dah ada manis dari madu dan sultana. Jika mahu, boleh tambahkan 2 sudu besar gula lagi.
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- secubit garam
- Segenggam sultana/kismis/hirisan kurma
- 1 - 2 sudu besar mentega untuk diletakkan di ats permukaan puding sebelum dibakar
- Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
- Di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar, pukul hingga sekata susu, telur, gula, madu, esen vanila, serbuk kayu manis dan garam. Setelah campuran ini sebati, masukkan carikan/potongan roti. Biar roti menyerap campuran susu buat seketika.
- Lengserkan loyang dengan mentega. Saiz loyang kek yang sesuai berukuran 8" X 8" X 2". Tuangkan separuh aduan puding roti ke dalam loyang. Taburkan sedikit sultana/kismis.
- Tuang baki adunan ke dalam loyang dan taburkan lebihan sultana/kismis pada permukaan adunan.
- Ambil satu sudu besar mentega, letakkan sedikit-sedikit pada permukaan adunan. Tujuannya nak bagi permukaan atas puding roti berkilat sedikit.
Sedapnya puding roti buat minum petang2
BalasPadamMemang dap dap dap! 😊
PadamSenang sedikit hendak makan, tidak payah lorong. Simpan pun senang.
BalasPadamMemang suka puding roti tapi tidak selalu buat.
Jadi bite size. Sekali suap je.
PadamSaya selalu kalau roti dah lama sangat dalam peti sejuk, memang akan dipudingkan :)
Typo auto correct lorong=potong.
BalasPadamNggak apa. Masih bisa dimengerti :)
PadamSedap puding roti. Boleh kenyang perut makan ni.
BalasPadamMemang mengenyangkan, kak. Tapi untuk saiz ni kena ambil dua tiga biji la :)
PadamElok juga buat begini Farrah, senang nak makan.
BalasPadamBetul tu, Puan Hazel. Senang nak hidang ikut portion :)
Padamada kuah kastad sedap ni
BalasPadamTolong buatkan, Anies. Lepas tu kita ngopi sama-sama :)
PadamLooks yummy! Nampak senang nak makan as snack
BalasPadamYes, senang nak mamam :D
PadamBest gak buat mini saiz. senang sekali ngap. Comel pun comel haaa
BalasPadamItulah. Tak sangka comel pula dia dala bentuk bite size ni. Tak perlu susah-susah potong :)
Padamaaa ah la kan.. mood makan roti ni memang pasang surut..
BalasPadamkadnag tu suka benar.. kadang tu hulur pun xmo..
Hahaha betul betul :)
PadamRajin akak buat banyak2 kecik macam tu. Tapi nampak sedap n senang dimakan. Pop je dlm mulut eh tetibe habis
BalasPadamHuhuhu ni kes dah buat tiba-tiba time nak bakar loyang tak de. Memang kalau nak makan tak cukup sebiji dua ni. Cenonet sangat!
Padamalamak, I am on diet.
BalasPadamNampak ni rasa macam nak jugakkk.
Aip ... jeling-jeling sikit je, Mrs. Pip!
PadamPuding roti ni kalau buat dekat rumah memang laku keras. Hee. Nanti nak buat juga la. :)
BalasPadamSelamat mencuba, Ika. Kalau rajin buatlah sos kastard sekali. Kalau tak, makan begini pyun dah yummehhh!
PadamPuding roti.. Sedap makan sejuk-sejuk.. Kalau bancuh kuah kastard lagi sedap kan kak..
BalasPadamNice!! Rajin buat puding roti. Kadang2 pun kalau roti expired elok lagi cik tk simpan peti, then nanti masak la apa2
BalasPadam