Resepi Air Fryer - Tempe Goreng Garing dan Sos Harrah

Ahad, Oktober 25, 2020

Siapa suka makan tempe? Selain dibuat lauk, saya suka makan tempe goreng garing begitu sahaja. Sedap dikunyah sebagai snek waktu gatal gigi. 😆 Kali ini goreng tempe guna air fryer. Untuk resepi tempe ini, tempe dihiris nipis. Kemudian, saya perasakan dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. 

Banyak mana? Agak-agak je. Oh, jangan lupa letak garam secukup rasa. Gaul sekata semua rempah dan sedia untuk digoreng.

Sejak ada air fryer, memang apa hidangan yang boleh disediakan menggunakan air fryer, saya akan guna air fryer. Dapatlah sediakan juadah yang lebih sihat, kurang minyak. Letakkan ke dalam bekas air fryer. Jangan terlalu penuh, nanti susah udara panas nak circulate untuk masak hidangan kita) dan masak selama 15 minit.

Bersedia untuk dimasak manja dengan air fryer 😉

Saya tidak biarkan terus sehingga 15 minit. Untuk dapatkan gorengan sekata, mula-mula saya masak selama 8 minit. Selanjutnya, tempe-tempe tu dibalik-balikkan dan masak lagi 6-7 minit hingga jadi garing. Minyak? Terpulang. Saya tidak letak minyak langsung. Tetapi, ada yang sarankan penggunaan sedikit minyak supaya gorengan lebih cantik. Bolehlah letak beberapa titis minyak pada hirisan tempe dan gaul sekata.



Sedia untuk dikunyah-kunyah. Yummy yummm! Lebih sedap jika dicecah dengan cili kicap atau sos harrah macam kat atas tu. Nak buat sos harrah yang biasa kita makan dengan nasi Arab? Resepi sos harrah boleh lihat di sini.

Selain itu, jika ingin cuba resepi tempe goreng yang berbeza, boleh cuba Tempe Mendoan ini.



\

7 ulasan

  1. Saya belum ada air fryer lagi jadi tertarik nak minta satu dari menteri kewangan.
    Menarik belum pernah cuba gaul tempe dengan kunyit dan Rempah. Biasa hiris campak dalam Minyak panas je. Thank you for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan menteri kewangan akan luluskan bajet untuk air fryer.
      Selamat mencuba ya!

      Padam
  2. Wah.. Saya suka tempe. Boleh makan banyak2 macam makan nasi. Takde air fryer lagi. Kena stail tradisi la

    BalasPadam
  3. Sedapnya.. Kudapan kegemaran Sha ni.. selalunya sha salutkan sikit dengan tepung bestari.. hehehe..

    BalasPadam
  4. Wahh sedapnya.. macam ni pun bagus untuk kudap2.. cik tk pun belum ada air fryer lagi... Masih main goreng2 dengan minyak

    BalasPadam
  5. Tempe tu fevret zumal. Selalu cari kedai makan yang ada menu tempe

    BalasPadam
  6. bring it on !! semua masakan tempe saya suka..
    tempe goreng lagi suka !!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.