Challenge Accepted - Cabaran Upcycle 2

Selasa, April 28, 2020

Entri ini merupakan susulan kepada kisah saya sahut cabaran Bott untuk guna kad atau kertas terpakai yang berkepuk-kepuk dalam simpanan saya. Entri berkenaan di sini. Sayang kononnya sebab cantik. Hajat hati memang hendak guna semula untuk cardmaking atau hias scrapbook. Tetapi, tanpa saya sedar benda-benda terpakai yang saya kumpul semakin hari jadi semakin banyak dan saya tak guna semula pun! Alih-alih, setiap kali ingin buat projek kraf baharu yang meilbatkan kad atau scrap page...saya akan capai brand new sheets of cards or papers. Tak terfikir pun nak guna 'koleksi kertas cantik sayang nak buang' ni.


Jadi, semenjak kena cabar (lebih kepada ugut sebenarnya) oleh Bott, saya memang sedaya upaya guna apa yang boleh. Sambil perlahan-lahan cuba susutkan timbunan kertas dan kad terpakai, saya cuba cabar kreativiti diri supaya dapat hasilkan something nice. Sebelum ini saya dah tunjuk kad ucapan dan penanda buku yang diperbuat daripada katalog, sampul duit raya dan kad raya lama. This time more or less the same. 


#1 Kalendar meja KWSP


12 keping gambar pokok di atas asalnya table calendar KWSP. Tidak dapat dipastikan tahun berapa. Yang pasti, bukan tiga ke empat tahun lepas. Huhuhuh nampak tak ini antara benda-benda lama yang diperam dalam folders kertas terpakai saya. Comel kan gambar-gambarnya? Warna yang digunakan sweet dan cantik.

Saya ambil gambar-gambar tu untuk dijadikan hiasan muka hadapan kad ucapan saya. Lihat gambar di bawah.


Ada yang menegak, ada yang melintang. Kad-kad di atas belum siap sepenuhnya lagi. Saya hanya siapkan layout, nanti apabila ingin guna kad tersebut untuk tujuan tertentu, barulah saya sudahkan dengan letak sentimen atau ucapan.

Di bawah ini pula, contoh tiga kad yang sudah siap. Just For You, With Love dan Thanks A Latte (Sebab pokok tu comel ada everything tentang kopi).




#2  Sampul Duit Raya MIDF

Sekali pandang terus jatuh cinta dengan sampul duit ini. Alahai, cantik sangat! Saya suka bunga tu dan tona warna yang digunakan. Kedua-dua sampul ini dah renyuk dan lunyai. Dah tak serve purpose untuk simpan duit pun. Makanya, kita buat kad. 



Ini hasil akhir lengkap dengan matching envelope. A lovely 'Just For You' card. Sampul yang satu lagi saya guna untuk buat penanda buku. Lupa pula nak ambil gambar. 


Cantik tak?


Musim berkurung semasa PKP ini, percubaan menyurutkan timbunan kertas dan kad berlangsung dengan jayanya. Selain daripada makan, lepas makan menyesal makan banyak so workout sekejap, selepas tu fikir tentang makan lagi.....saya ada banyak masa terluang untuk buat memory keeping. Update planner, hias journal, buat scrapbook. Jadi, bolehlah dengan gembiranya saya anggap misi dan cabaran upcyle saya berjaya. Oh, sekarang ini saya dah terjebak dengan junk journal pula! Apa itu junk journal, jika ada kesempatan saya cerita lain kali.


Sentuh tentang memory keeping? What do you normally do for memory keeping? Photobook? Tulis catatan diari? Scrapbook



17 ulasan

  1. Selalu cantik je craft work yang kak Farrah buat. Suka sangat tengok.

    BalasPadam
  2. Saya bust catatan diari. Terapi luah dalam diari.

    BalasPadam
  3. Lovely & creative. Thumbs up Farrah 👍👍👍

    BalasPadam
  4. memory keepin wak updet blog jeeew.. hehehe

    BalasPadam
  5. cantiknyaaa..berseni sungguh..klo saya memory keeping tu saya suka buat scrapbook..letak segala ticket, letak gambar sikit

    BalasPadam
  6. Cantikkkk and sangat kreatif! hehe lama tak singgah blog ni
    Salam Ramadan ya Farah! :)

    BalasPadam
  7. Alahaiii..cantiknya. Kreatif gunapakai semula jadikan hiasan kad.

    BalasPadam
  8. Cantiknya..kalau dah kreatif, buat apa pun cantik..

    BalasPadam
  9. Kretifnya farah... cantik sangat..

    BalasPadam
  10. Siyes cantik, x tipu 😍😍😍 Kreatifnya. I is jeles

    BalasPadam
  11. Cantiknya...rajin buat...saya rajin juga menyimpan barang lama tapi tu la...hmmm

    BalasPadam
  12. Cantik-cantik gambarnya.. Bila dah di make over dan diguna semula bertambah cantik..

    BalasPadam
  13. Cantik dan kreatif...cikguzim follow sini...salam ramadhan

    BalasPadam
  14. cantiknya, buat kad raya pun cantek!

    BalasPadam
  15. Wahhh DIY card. Cantik. Next year nak buat kad raya sendiri lah. Btw Selamat hari raya.

    BalasPadam
  16. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.