Ini merupakan entri sambungan kepada 'Apa Itu Junk Journal (Bahagian 1)'. Dalam entri terdahulu, saya sudah ceritakan sedikit sebanyak tentang junk journal dan bagaimana hendak kumpul material bagi menghasilkan junk journal.
Dalam bahagian ke-2 ini, saya ingin kongsi beberapa halaman junk journal lagi dan hiasan setiap halaman secara ringkas.
Kebiasaannya, apabila saya buat junk journal from scratch, saya tidak akan terus hias setiap muka surat bahagian dalamnya. Jika ada pun, hias sikit-sikit sahaja untuk bagi junk journal tu nampak seakan miliki tema tersendiri. Selebihnya, saya akan lakukan ketika saya hendak menulis nanti. Masa tu, baru feel untuk hias betul-betul.
Gambar pertama - Page dari kamus lama itu saya tidak sentuh. Kelak, bahagian tersebut bolehlah digunakan untuk tampal gambar atau coretan. Tidak sesuai tulis secara terus di atas permukaan halaman sebab akan nampak semak. Bahagian kanan pula, kertas kosong. Banyak sedikit ruangan menulis. Saya guna clear stamp tulisan sambung pada bahagian bawah sebelah kanan. Bagi efek ala-ala surat cinta lama. Klip kertas itu pula kira macam page markers untuk tanda muka surat.
Halaman seterusnya, sebelah kiri
coffee dyed paper atau bahasa mudahnya kertas kopi. Tutorial bagaimana hendak buat kertas kopi ini boleh lihat
di sini. Sebelah kanan saya guna salah satu kertas berwarna biru kelabu, lebihan projek kraf saya yang terdahulu. Untuk
page ini, saya hias guna
washi tape sahaja. Ada bunga sekuntum, nampaklah berseri sedikit.
Kertas minyak dan cofee dyed paper. Inilah yang saya maksudkan sebelum ini - junk journal tidak semestinya mempunyai saiz muka surat dan ketebalan kertas yang seragam. Kertas kopi di atas sengaja saya lipat sedikit ke dalam. Jika saya nak jadikan poket, hanya perlu gam dua sisinya. Tidak pun saya jadikan muka surat yang boleh diselak dan dibuka. Kelebihan halaman sebegini, lebih banyak ruang untuk menulis.
Sekadar dihias dengan washi tape bunga-bungaan.
Lagi contoh hiasan junk journal. Penanda buku, potongan sajak atau kata-kata menarik dari buku lama dan cetakan stamp tanda pos. Penanda buku bunga di atas tidak silap saya dibeli di Mr. DIY. Produk scrapbooking bawah range Rosie's Studio.
Ini salah satu contoh halaman junk journal saya. Halamannya menggunakan colouring page. Untuk dapatkan efek kontra, saya tidak menulis terus di atas colouring page tersebut. Sebaliknya, tulis di atas kertas coklat kemudian barulah ditampal. Saya tambah sedikit coffee stain dengan menggunakan clear stamp dan buat handlettering untuk tajuk.
Halaman ini saya buat untu memenuhi tugasan journal challenge yang pernah saya sertai. Tema untuk hari itu ialah sebarang quotes atau lirik yang kita rasa sangat menyentuh hati ... something like that lah. Saya pilih '5 Aksara' lagu nyanyian Ezad Lazim dan Zamani Slam. Memang suka sangat lagu ini terutama sekali bahagian korusnya.
OK, harap kalian sudah jelas tentang apa itu junk journal. Bagi yang baru berjinak-jinak hendak hias jurnal terutama sekali junk journal, boleh pergi dapatkan inspirasi di Pinterest. Lubuk idea tu! Jemput juga intai hiasan junk journal yang saya buat di entri ini.
Sesuai sangat buat jurnal travel. Tampal ticket stub etc.
BalasPadamYa, sangat sesuai!
Padamrajin dan amek byk masa nk sediakan journal camni walopon 'junk'., huhuhu
BalasPadamYe wak. Junk ini junk yang diangkat darjat 😊
PadamMenariknya junk Journal akak.. Kreatif.. Nak menulis luahan hati pun best ini..
BalasPadamMemang sesuai sangat, Sha. Dah puas tulis luahan hati, tulis quotes yang best-best pun OK gak
PadamMemang perlukan ketelitian dan kesungguhan buat junk jurnal.
BalasPadamMemang makan masa sikit la, tapi puas hati.
PadamPerlukan kekreatifan nak buat ni.. hehe.. nice juga buat junk journal ni
BalasPadamItulah, lari sedikit dari kebiasaan. Tetapi ada yang tidak kena dengan style ini.
Padamwah cantikk...authentic
BalasPadamThanks, Cuya 😘
PadamAgaknya kalau buat buku skrap boleh guna style junk journal ni kan. Cantik!
BalasPadamBoleh sangat, kak. Kalau kena gayanya memang lagi cantik 😊
PadamSis kita ni kreatif dan sangat rajin. Hasil sangat berseni
BalasPadamTerima kasih, Zumal. Bolehlah buat-buat isi masa lapang.
PadamLawanya!
BalasPadamThanks, Rasya 😘
Padamcantik dan vintage... kena rajin niii hehe
BalasPadamHa ah kena rajin hias sikitlah
PadamMenu cafe pun cantik pakai design ni.
BalasPadamSetuju! 😍😍😍
PadamCantik junk journal kak Farrah.Suka suka suka! Ada masa lebih memang seronok create benda macam ni.
BalasPadamThanks, Fiza. Nanti kalau kena dengan style Fiza boleh buat juga tau. Buat tulis dan simpan resepi-resepi Fiza kongsi di blog pun OK juga 😊
Padamsesuai junk jurnal... yg mana rajin travel lg sesuai
BalasPadam*junk journal.. heheh
BalasPadam