Scrunchies | Getah Rambut - Baru-baru ini, Bott terima tempahan scrunchies untuk kenduri. Tuan rumah hendak masukkan getah rambut sebagai salah satu isi goodie bag atau door gift untuk diberikan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang datang merewang, menolong membantu kelancaran majlis.
Mereka tempah 150 scrunchies saiz sederhana. Campur-campur corak tetapi semua mahu tona warna biru. Ukuran setiap satu lebih kurang 4.5 - 5 inci. Kain yang digunakan cotton batik. Kain jenis lembut, serap air dan selesa dipakai.
Tak sangka saya, sekarang ni corak kain batik cantik-cantik. Sudah tidak terikat dengan corak batik traditional sahaja. Ada bunga-bunga comel dah macam kain pasang coraknya. Tetapi, ini kain batik cetaklah. Bukan kain batik asli tu.
Setelah siap dijahit, tugas saya untuk bungkus dan letak pelekat Thank You.
Sebahagian daripada scrunchies yang telah dibungkus. |
Lenguh jugalah pinggang nak pleat scrunchie satu demi satu supaya lebih kemas sebelum dibungkus di dalam plastik. Barulah cantik berseri. Setelah dipek sebegini, tuan rumah tinggal pilih, ambil dan masukkan ke dalam goodie bag.
Sebenarnya, saya sendiri tidak pernah terfikir yang scrunchie boleh dijadikan hadiah atau tanda mata dalam keraian dan kenduri-kendara. Semasa mula-mula Bott dapat tempahan ini, saya terkejut. Untuk kenduri? Nak beri tetamu? Rupa-rupanya ramai juga yang buat tau. Huhuhu nampak sangat saya jarang alert apa yang orang beri semasa kenduri. 😅
Good idea juga bagi scrunchie. Yalah, kalau pun yang dapat tu berambut pendek atau tidak pakai scrunchie, boleh jadi rezeki ahli keluarga yang lain. Barang tu tetap dapat dimanfaatkan. Tidaklah sia-sia atau terbuang begitu sahaja.
Sekarang, Bott tengah siapkan tempahan untuk goodie bags majlis akikah pula. Kali ni, tuan badan yang menempah minta scrunchie kain satin.
Ada antara kalian yang pernah dapat scrunchie sebagai salah satu isi goodie bags kenduri? Bagi yang berambut panjang tu, kalian lebih gemar pakai scrunchie atau kepit rambut?
Wahhhh..Cantik sgt nih..Sy pun pernah buat tp utk anak bg pd kwn2 as farewell gift masa dia darjah 6 dulu =D
BalasPadamMemang good ideas as gifts, kan… saya masa Bott berniaga di pop-up booth tempoh hari, ada seorang guru beli untuk beri pada murid-murid perempuan 😊
Padamwah..cantik bila byk2 mcm ni kan...gift yg useful.. i like!!!
BalasPadamBetul. Saya pun suka kalau dapat gifts/goodies yang kita boleh guna… baru rasa berbaloi compared tu yang bukan-bukan and end up kita buang.
PadamWah...menarik ni...boleh la SA tempah untuk majlis2 tertentu..
BalasPadamYes, boleh jadi idea untuk SA pertimbangkan 😊
PadamComel scrunchies nie.. Mmg elok buat goodies...
BalasPadamAkak pun memang suka dapat goodies yang kita boleh guna :)
PadamUntuk ompuan memang sesuai
BalasPadamUtk orang lanang tak sesuai, wak 😆
Padampenah dpt dulu. tp yg jenis kain baldu tu. rs nya tuan rumah borong beli kat kenanga kot hehehe...
BalasPadamPantas rapiiii sangat kak. Ternyata pleat nya Kaka rapikan dulu sebelum masuk plastic yaa 👍👍. Pmnampak mahal juga, Krn motif dan warnanya baguus. Saya lebih suka pakai scrunchie. Tak membuat rambut bengkok. Lebih lembut di rambut
BalasPadamcomelnyaaa kak
BalasPadam