Mencuba Flat Croissant

Jumaat, Oktober 25, 2024

Flat Croissant | Masa mula-mula flat croissant tular dan sibuk diperkatakan, saya tidak ambil peduli sangat. It’s just another innovation from the pastry world. Macam bronut, (baca mengenainya di sini) cronut, semua tulah. 

Asal usul terciptanya flat croissant ini unik juga. Croissant stale dan tidak terjual dipenyekkan lalu dibakar semula. Jangan salah faham ya, bukan croissant yang expired atau rosak. Croissant yang sudah berhari, yang tidak dikira freshly baked la. 

Setelah dipenyekkan, tekstur croissant akan menjadi lebih mampat. Makanya, apabila dibakar, croissant akan jadi garing dan rangup. Itu yang dipanggil flat croissant. Bagi menambah lagi keenakannya, flat croissant akan dicelup ke dalam krim atau coklat. 

Minggu lepas, ketika ke Tropicana Gardens Mall sempat singgah Gula Cakery. Ternampaklah pilihan flat croissants yang ada - flat croissant mix fruit, flat croissant pistachio, flat croissant hazelnut chocolate dan flat croissant biscoff. 

Sudah alang-alang di depan mata, kenalah cuba rasa, kan? 😆

Saya beli flat croissant pistachio


Flat Croissant Pistachio
Beginilah rupanya. Ada salutan mewah coklat pistachio dan taburan kekacang pistachio. Nampak menyelerakan sangat!


Sedap ke tidak? Bagi saya, secara keseluruhan sebagai satu benda baharu, boleh dikira OK. Interesting-lah juga. Teksturnya rangup. Tetapi, sudah tiada ciri-ciri croissant lagi. 

Salutan coklat pistachio tu pula just nice. Tidak terlalu manis. Biasanya, kalau desserts yang ada krim atau perasa pistachio ni cenderung untuk jadi terlebih manis kerana kandungan coklat putih yang banyak. This one, OK! 

Adakah saya akan beli lagi? Rasanya tidak. Cukuplah yang ini sekadar buat rasa-rasa. Saya lebih gemar nikmati kelembutan dan flakiness of the 🥐.  




5 ulasan

  1. selalu jumpa yg coklat je yg mcm ni jarang sangatttt

    BalasPadam
  2. Flat croissant ini sempat heboh Maret lalu di jakarta. Banyak restoran pastry yg jual, tp sampai skr pun saya belum coba 😅😅. Kalo semisal ada lihat di restoran yg saya datangi, bolehlah dicoba. Tapi tak berniat utk sengaja cari. Sama seperti Kaka, saya msh lebih suka croissant yg biasa.

    BalasPadam
  3. wahhh,tengokkk rupa pon tahuuu sedapppp

    BalasPadam
  4. tk pernh nmpk crossaint jenis flat gini..menarik topping tu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.