SOCIAL MEDIA

Rumput Freeze Dried untuk Kucing

Khamis, April 10, 2025

Pawmised Land Freeze Dried Food | Kucing korang ada masalah hairballs tak? Kalau tengok kucing tu ada tabiat gatal gigi, suka gigit-gigit plastik… kemudian, akan ada keadaan yang kucing macam tiba-tiba choked… berkemungkinan besar ada hairballs bergumpal dalam badan.

Rhea alami masalah yang sama. Jadi Cekengah belikan freeze dried catgrass untuk kucing kesayangannya yang seekor ini. Tiga pek di bawah ini kira stok catgrass sewaktu Rhea berada di bawah jagaan saya.

Pawmised Land Freeze Dried Food - Chicken Catgrass

Chicken catgrass ni ada dalam pek kecil 125g dan pek besar 375g. Beginilah rupa bentuk makanannya.

Rumput berbentuk kiub untuk Rhea 😊

Alhamdulillah, si semlohai tu suka! Berselera dia makan! Apa yang penting, semenjak beri Rhea makan catgrass ini secara konsisten,  Rhea dah tak gigit-gigit plastik lagi. Dah tak tersedu tercekik hairballs. Selain membantu masalah hairballs, produk ini dirumus agar dapat cegah jangkitan pada saluran air kencing, jaga usus dan sistem penghadaman. Bagus, kan?


Dalam usaha membodek, nak lagi catgrass 😂


Pawmised Land ada banyak lagi produk untuk si manja korang. Intai-intailah Pawmised Land ya.


5 ulasan

  1. Ciknur suka bg dorang mkn rumput helikopter tu utk buang bulu2 dlm perut

    BalasPadam
  2. tak pernah pulak lagi bagi rumput kucing yang khas ni. Kucing saya cari sendiri agaknya rumput apa dia nak makan.hahah

    BalasPadam
  3. Gebu betul dia! Sekarang dah ada bentuk cube ye. Comel dan mudah nak bagi pun. Dulu masa ada kucing, dia makan rumput je.

    BalasPadam
  4. Hahahahaha si semlohai gemoy ini memang lah buat aunty nak uyel2 dia sekali 😂😂😂.

    Saya juga suka kasih Snack begini buat kucing2 saya kak. Tp ada yg suka, ada yg tak. Pernah kasih rumput nya langsung, memang tak disentuh hahahah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.