Assalamualaikum. Kelmarin, saya bersarapan di The Bread Bar lagi. Biasalah, setiap kali ke sini untuk mamam, memang hasrat hati ingin memanjakan tunas rasa. Sambil-sambil tu, beli roti sourdough untuk stok rumah.
The Dessert First Kind of Person
Croissant and Butter Pudding |
Entri-entri saya sebelum ini mengenai The Bread Bar:
- Santai Pagi di The Bread Bar
- Flourless Chocolate Cake | The Bread Bar
- Kopi Air Kelapa | Sandwic Keju
- Tiramisu Latte Buat Hilang Penat
Selain itu, saya pesan sourdough quiche slice juga.
Sourdough Quiche Slice |
TBB Big Breakfast
Sepinggan penuh 😊 |
Ada a bit of everything - hirisan daging, poached egg, cendawan, sosej, hirisan sourdough, tomato, hummus keledek dan salsa. Dapat bayangkan tak tahap kenyang saya macam mana? Alhamdulillah, perut dah penuh, bolehlah terus melunaskan kerja dan buat aktiviti lain.
Di sini, bukan sekadar menu sarapan. Ada pelbagai hidangan lain yang boleh dicuba untuk makan tengah hari dan makan malam. Cuma saya je yang biasa ke mari pada sebelah pagi.
Sempena Syawal, The Bread Bar perkenalkan tiga menu menarik - Chocolate Pistachio Kunafa Danish, Tiramisu Tart dan Pandan Gula Melaka Latte. Saya belum cuba mana-mana. Buat masa ni, apa-apa yang ada pistachio dan kunafa akan jadikan saya diam lama sebab terfikir oleh-oleh coklat yang saya terima sepanjang raya baru-baru ini dengan misi diet yang bakal tidak kesampaian 😆.
sedap2 nampak semuanya tu
BalasPadamAlhamdulillah, memang sedap. Kenalah dengan cita rasa 😊
PadamCroissant & Butter Pudding tu nampak sedapnya.
BalasPadamMemang sedap. Tak muak makan 😊
PadamFuh.. Bentuk makan ala mat Saleh ni.. Hehe.
BalasPadamHehehe sekali-sekala 😊
Padamsedapnya tgk puding roti tu
BalasPadamAlhamdulillah, sedap. Kira puas hatilah beli 😊
PadamSedapnya nampak bread puding tu. Nampak kemewahannya. Kalau puding dah sedap, sos tak cukup pun tak apa kan. Sekarang ni tengah trend menu pistachio di mana-mana. Harga pun bukan biasa-biasa.
BalasPadam