Buat Kerongsang Resin untuk Free Market
Khamis, Februari 15, 2024
Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Sekejap betul masa berlalu sekarang ini. Tahu-tahu, dah nak dekat hujung minggu semula.
Hari ini saya hendak cerita tentang kerongsang mini yang saya buat untuk acara free market sebuah sekolah hujung tahun lepas. Adik ipar saya dan keluarganya antara yang terlibat dengan aktiviti ini. Jadi, saya pun ‘sibuk’ sama menyelit nak sediakan sesuatu untuk meriahkan suasana. 😂
Puas juga fikir mahu beri apa. Pelajar-pelajarnya semua perempuan. Fikir punya fikir punya fikir… saya putuskan untuk buat kerongsang resin. Kerongsang mini atau yang biasa orang panggil baby brooch tu.
Kerongsang DIY saya 😊 |